in

Dakwa ‘Job’ Makin Kurang, Persatuan Dukun Indonesia Buat Laporan Terhadap Youtuber

Pesulap Merah Dilapor Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegiatan menggunakan bomoh, dukun dan sebagainya bagi menyelesaikan masalah bukanlah satu perkara yang baharu dan sehingga hari ini, masih diamalkan oleh sesetengah orang tanpa memikirkan hukum mahupun bahana yang bakal menimpa.


Baru-baru ini, seorang ahli silap mata dan juga personaliti YouTube yang dikenali sebagai ‘Pesulap Merah’ atau nama sebenarnya Marcel Radhival yang aktif membongkar trik dan penipuan yang dilakukan oleh golongan dukun ini telah dilaporkan ke pihak Polis oleh Persatuan Dukun Indonesia.

Menurut laporan Kompas, persatuan dukun berkenaan telah membuat satu laporan keatas Marcel kerana didakwa melangar Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik  (UU ITA) Republik Indonesia.

Screenshot 1

Ketua Polis Wilayah Jakarta Selatan, Yandri Irsan mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang individu bernama Agustiar yang dikatakan wakil persatuan dukun di sana kerana kandungan yang dikeluarkan Marcel tidak tepat dan menyebabkan ‘periuk nasi’ mereka terganggu.

Kes akan disiasat atas dasar pelanggaran UU ITE. Sekiranya didapati bersalah, hukuman yang boleh dikenakan termasuklah penjara sehingga 6 tahun dan denda sebanyak 1 Milyar Rupiah (RM300,000) sekiranya didapati menyebarkan informasi yang tidak bermoral, hukuman yang sama juga dikenakan untuk kesalahan menyebarkan fakta yang tidak tepat.

 

“Kita tidak melihat pekerjaan (dukun) pelapor, tapi apa yang dilaporkan”

Menurut Yandri lagi, pihaknya akan meneliti laporan yang dibuat tanpa bersikap prejudis terhadap ‘pekerjaan’ yang dilakukan. Walaupun menurutnya kes adalah melibatkan dukun, tetapai ianya akan disiasat kerana pelanggar UU ITE.

Terdahulu, Marcel juga pernah dilaporkan ke Pejabat Polis Daerah Jawa Timur oleh seorang perawat Samsudin Jadab atau lebih dikenali sebagai Gus Samsudin yang turut mendakwa bahawa Pesulap Merah ini telah mencemarkan nama baiknya selain menyebarkan kebencian melalui media sosial.

Ini kerana, Marcel mendakwa teknik yang digunakan Gus Samsudin adalah penipuan atau ‘trik’ semata dan perkara ini dibongkarkan dalam beberapa siri video di laman Youtube Pesulap Merah.

Komen Youtube Pesulap Merah

Pun begitu, banyak komen yang ditinggalkan di video pendedahan yang dilakukan menyokong tindakan Pesulap Merah ini kerana dikatakan sudah sekian lama masyarakat disana ditipu oleh sesetengah dukun dan berharap agar ianya dilakukan secara berterusan.

Baca : Indonesia Bayar ‘Pawang’ Ratusan Juta Rupiah Untuk Hentikan Hujan Masa Event MotoGP

Pawang Moto Gp 2

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.