in

“Dahlah caj harga sekilogram” – Ramai Tak Puas Hati Kedai Caj Upah Potong Ayam, Ini Respon Peniaga…

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni memang agak pening kepala melihat harga-harga barang dan makanan yang makin meningkat naik ni. Gaji naik pun tak setimpal dengan kenaikan barang.


Baru-baru ini pula, tular posting yang dimuat naik di group Facebook Bukit Mertajam Community menunjukkan kedai menjual ayam di Kubang Semang telah mengecaj upah memotong ayam.

Biasanya, bila kita pergi ke pasaraya atau mana-mana kedai runcit, servis membersihkan dan memotong ayam ini memang diberikan secara percuma.

Namun kedai ini telah mengecaj harga sebanyak RM0.80 sebagai upah memotong ayam per kilogram. Fuhhhh

281915481 4827920960652038 6420089105190344444 N

Setiap pemotongan ayam akan dicaj RM0.80/kg.”

Bukan itu sahaja, ramai juga mengadu yang kedai tersebut tidak memberi pilihan kepada pelanggan untuk tidak membayar caj pemotongan tersebut ekoran mereka hanya menjual ayam yang dipotong sahaja. Ah sudah, memang confirm confirm kena bayar.

Kami hanya menjual ayam yang dipotong.”

“Memang sembelih rakyat macam ni”

Rata-rata netizen yang melihat posting ini telah meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan cara peniaga kedai ini malah ada juga yang mengatakan mereka telah menaikkan harga upah potong ini yang dahulunya hanya RM0.60/kg.

Screenshot 2022 05 19 At 4.53.32 Pm Down

“Kami juga tertekan”

Ekoran posting tular ini, wakil dari kedai Ayam Ory telah membuat penjelasan mengenai upah pemotongan ayam ini.

Katanya, dia memahami keluhan orang ramai namun terpaksa berbuat demikian kerana terbeban dengan kos dan modal serta perlu membayar gaji pekerja.

280548201 1152714191968103 4927373109622105074 N

Maafkan kami, segalanya bukan rancangan pihak Ayam Ory untuk menekan pengguna. Kami juga tertekan.”

Alamak kesian juga bila baca penjelasan peniaga ni. Tapi mungkin bolehlah consider untuk bagi pengguna pilih untuk potong sendiri. Ke macam mana?

 

Baca: “Hidup mahal, mati pun mahal” – Netizen Terkedu Tengok Iklan Harga Kepungan Kubur

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.