in

“Dah terbiasa hidup bujang” – Tyzo Xander Respon Luahan Kakak Kak KM, Menangis Terkenang Cinta Tak Kesampaian

tyzo dan lydia rosli bercinta nafi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, hangat diperkatakan mengenai gosip melibatkan seorang penyampai radio terkenal, Tyzo Xander atau nama sebenarnya, Tuah Zoqarnain, 48 dengan Lydia Rosli iaitu anak kepada Normah Damanhuri yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Namun baru-baru ini, menerusi temubual dengan HibGlam, usahawan yang juga kakak kepada Liana Rosli atau Kak KM mendedahkan yang hubungannya dengan Tyzo tidak kesampaian.


Dia juga mendakwa menangis hampir setiap malam terkenangkan cinta yang seolah-olah tidak bersahut dengan penyampai radio itu.

Tahun lepas, saya memang nak kahwin dengan Tyzo. Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.

“Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki sebegitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir,” kata Lydia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tambahnya lagi, penyampai radio Ikim FM itu dilihat seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin dan mereka kini masih lagi berkawan baik meskipun hubungan mereka pernah terputus selama enam bulan.

“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.

“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.

“Tetapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya perempuan. Saya kena tunggu lamaran daripada dia,” katanya lagi.

Menurut Lydia, hubungan mereka juga mendapat restu daripada ibunya yang sukakan Tyzo dan mahu menjadikan lelaki itu sebagai menantu.

Artikel berkaitan: Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10K

Artikel berkaitan: Idea Tercetus Ketika Di Makkah, Tyzo Bakal Menjadi Penyampai IKIM FM 11 Mac Ini

“Dah terbiasa hidup bujang” – Tyzo 

Luahan Lydia itu walau bagaimanapun mendapat reaksi terkejut dari Tyzo yang mengakui dia sudah terbiasa hidup bujang sehingga menyebabkan dia perlukan masa untuk berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan berumah tangga.

Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.

“Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.

“Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh),” kata Tyzo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Malah Tyzo juga mengakui yang menerima status Lydia sebagai ibu tunggal anak empat, namun sekarang dia hanya mahu memberi fokus kepada kariernya selaku penyampai radio di stesen baru.

“Perjalanan karier saya pun masih ‘bertatih’ lagi buat masa ini selepas apa yang berlaku pada awal Januari lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk memberi lebih fokus pada karier penyampai radio yang digalas ini.

“Bukanlah saya tiada hasrat nak berkahwin suatu hari nanti, cuma sekarang bukan masanya lagi. Macam yang saya cakap, saya masih perlukan masa berfikir kerana kalau nak kahwin biarlah lama dan bukan cuma seminggu dua saja,” katanya lagi.

Apa-apapun kita doa yang baik-baik sajalah buat mereka berdua. Ada jodoh pasti akan bersama nanti. 

Sumber: Harian Metro, Kosmo, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.