in

“Dah tarik saman pula?” – Kawan Baik Bekas Isteri Da’i Farhan Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Dalam Masa 24 Jam

Fetaure Image Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni, pernah kecoh dekat laman media sosial mengenai Da’i Farhan mengambil tindakan membuat laporan polis dan ingin menyaman beberapa individu yang dikatakan telah fitnah dirinya.


Namun, baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki yang juga merupakan kawan baik kepada bekas isteri Da’i Farhan telah memuat naik status di laman Facebook mengenai ada pihak yang telah menarik saman terhadap dirinya.

SAMAN PADA SAYA DITARIK.Pihak yg mahu saman Ches Al-Maliki, telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya…

Posted by Ches Al-Maliki on Monday, December 9, 2019

Pihak yang mahu saman Ches Al-Maliki, telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya dah tarik saman yang dibuat.”

Biarpun Ches tidak meletakkan nama individu yang mahu menyamannya itu, tapi rata-rata netizen tahu siapakah individu yang disebutnya itu.

Tambah Ches lagi, dia mahu pihak tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan juga video dalam masa 24 jam.

“Saya menuntut surat rasmi & permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui tulisan & VIDEO seperti mana antum dengan penuh yakin mengumumkan bahawasannya saya telah membuat fitnah terhadap kalian.” Katanya.

Jika pihak berkenaan gagal memenuhi tuntutan daripada pihak Ches, proses saman daripada dia dan peguamnnya akan diteruskan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Ches.

Saman
Sumber: facebook

Alamak, saman menyaman pula? Admin harap korang dapat lah settle kan perkara ni dengan baik dan perkara ini diselesaikan segera.

 

Baca: “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak fitnah…” – Da’i Farhan Buat ‘Report’ Polis & Tuntutan Saman Lepas Kena Fitnah

Paan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.