in

“Dah takde haiwan lain ke?” – Viral di TikTok, Gadis Pelihara Nyamuk Buat Netizen Garu Kepala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita yang cintakan haiwan dan memelihara haiwan yang comel macam kucing, anjing dan tikus belanda. Ada sesetengah orang tu sampai ada berpuluh-puluh ekor kucing kat rumah. Memang pencinta haiwan sejati. 


Selain kucing, korang pernah terfikir tak nak pelihara haiwan lain seperti nyamuk? Mesti ramai yang tak terfikir pun tentang perkara ni. Namun, untuk gadis dari Indonesia ni, dia memang lain daripada yang lain sebab dia memelihara nyamuk dalam botol, lapor Jabar Suara.com.

Gadis yang bernama Michellee Serafin itu telah berkongsikan perkara tersebut melalui akaun TikToknya baru-baru ini.

@michelleeserafin

Smoga bermanfaat ya gais 💕✨ #fyp #fypシ

♬ original sound – MichFin🧁 – MichFin🧁

Disebabkan ramai yang nak tahu macam mana nyamuk peliharaannya itu diberi makan, gadis itu telah memuat naik video tutorial nyamuk terbabit makan. Dalam video TikTok tu, korang boleh tengok yang dia bagi nyamuk tu gigit dan menghisap darahnya. Speechless admin tengok. 

Bukan itu je, nyamuk peliharaan Michelle itu juga diberi nama Molly. Ini memang betul-betul haiwan peliharaan ni, siap ada nama lagi. 

Sehingga kini, video TikTok tersebut telah mendapat 12 juta tontonan dan 31 ribu komen daripada netizen (ketika artikel ini ditulis).

Difahamkan, gadis itu pada mulanya digigit nyamuk tersebut namun nyamuk terbabit tak dapat terbang lepas menghisap darahnya. Katanya, perut nyamuk tu buncit dengan darah yang telah dihisap. Jadi, dia pun ambil keputusan untuk memelihara nyamuk tersebut dalam botol. Korang boleh tengok video penjelasan gadis ni kat sini.

@michelleeserafin

Emg lu doang yg punya nyamuk piaraan HAAHAH @williesalim #fyp #fypシ

♬ original sound – MichFin🧁 – MichFin🧁

Rata-rata netizen bingung dengan tindakannya itu. Mungkin dia nak buat kajian kot dengan nyamuk tu. 

Baca: Ramai Tanya Bolehkah #COVID19 Disebarkan Melalui Gigitan Nyamuk? Ini Jawapan KKM…

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.