in

“Dah tahu miskin tak payahlah buat anak” – Ibu Anak Lima Buang Anak Dalam Tong Sampah Sebab Miskin

Collage 2

Kes buang anak memang makin menjadi-jadi, lagi-lagi dekat negara-negara Asia macam Malaysia. Tapi kebanyakan kes pembuangan bayi dekat sini berlaku sebab mengandung waktu remaja.

Namun, seorang ibu anak lima di Thailand buang bayinya yang baru berusia sehari di dalam tong sampah sebelum dengan ‘selambe’ berlalu pergi menaiki motosikal.

1 Pay Newslink5535688 99090

Menurut Mirror, wanita berusia 29 tahun yang hanya dikenali sebagai Warapon melahirkan anaknya di rumahnya di Samut Prakan, Rabu lalu.

Keesokan harinya, dia membawa motosikal ke bandar sebelah untuk mencari tempat yang ‘sesuai’ untuk membuang anaknya.

Nak dijadikan cerita, kawasan tempat pembuangan sampah tu ada CCTV dan dalam video tu boleh nampak Warapon membuang bayinya yang diletakkan dalam plastik hitam berdekatan dengan tong sampah di tepi jalan. Macam buang makanan tak habis je.

1 Pay Newslink5535682 99085

Sebelum berlalu pergi, korang boleh tengok ibu ni toleh belakang untuk pastikan tak ada orang ikut dia. Yang tak boleh bla, dia boleh pulak bawak anak dia ikut sekali pergi buang adik. Apa yang dia nak ajar anak dia sebenarnya?

Bayi ini terbiar di dalam tong sampah selama empat jam tengah panas sebelum tukang kutip sampah datang untuk mengutip sampah.

Sejurus selepas tukang kutip sampah melihat bayi tersebut, dia terus menelefon pihak polis dan bayi itu dikejarkan ke hospital Sampran.

0 Pay Newslink5535476 99066

Ketika pihak berkuasa menemui ibu ini, Warapon didapati mengalami komplikasi ketika beranak dan mengalami pendarahan yang banyak. Dia juga turut dihantar ke hospital yang sama.

Warapon mengaku yang dia telah mengabaikan bayinya kerana mengatakan dia tak mempunyai wang yang cukup untuk membesarkan seorang lagi anak.

1 Pay Newslink5535593 99079

Suami saya hanya bekerja sebagai seorang pemandu dan mendapat wang sebanyak 10,000 baht (RM1,300) sebulan. Tak cukup untuk keluarga yang besar.)

“Saya tak berniat nak bunuh dia. Saya tinggalkan dia di situ dan berharap seseorang akan menemuinya dan menjaganya.

“Saya takut ada orang nampak saya sebabtu saya pergi cepat-cepat. Saya menyesal dengan perbuatan saya.”

Ibu ini didakwa dengan kesalahan mengabaikan kanak-kanak bawah umur sembilan tahun.

Sebab tu lah family planning ni penting. Bukan dah nak berak baru kau nak gali lubang.

 

Baca: “Tolong jangan buang anak tak berdosa”

Screenshot 2019 06 11 At 10.15.49 Am