Ketika ini masih hangat diperkatakan mengenai kisah perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi dengan pasangan baharunya yang mendakwa wanita itu adalah cinta pertamanya dari zaman sekolah.
Walaupun ramai yang mengecam susulan kontroversi di sebalik perkahwinannya, tindakan pelakon itu nampaknya disokong oleh seorang lelaki yang mendakwa turut mengalami situasi yang lebih kurang sama.
Menerusi sesi panggilan di stesen radio Era pagi tadi, lelaki itu mengakui bahawa dia sukar untuk melupakan cinta pertamanya yang dikenali sejak kecil.
Artikel berkaitan: “Setiap manusia buat kesilapan” – Ucapan Hafidz Roshdi Selepas Bersatu Dengan Cinta Pertama
Artikel berkaitan: Suami Sah Kerja Luar Kawasan, Isteri ‘Scam’ Kahwin 3 Lelaki Lain Untuk Bolot Harta
Katanya, cinta pertama adalah sesuatu yang paling sukar dilupakan meskipun dia dan isteri sudah berkahwin lebih setahun.
View this post on Instagram
Lebih mengejutkan apabila dia berhasrat untuk menceraikan isterinya semata-mata untuk kembali kepada wanita cinta pertamanya walaupun masing-masing sudah mempunyai pasangan.
“Betul, first love sangat susah dilupakan. Macam kes baru-baru ini berkait Hafidz Roshdi, saya sangat setuju dengan apa yang dia buat bila kahwin dengan first love siap buat video.
“Sebab saya pun dalam situasi yang lebih kurang begitu. Saya ada seorang wanita yang memang saya dah kenal lama sangat dari kecil. Saya sekarang memang sudah bersama dengan orang lain tetapi dalam masa sama saya dengan dia juga.
“Hati saya memang masih dengan cinta pertama, dan apa saya perlu buat adalah akhiri dengan apa yang ada sebab dia ada satu tempat istimewa dalam hati,” kongsinya.
Perkongsian itu membuatkan ketiga-tiga penyampai radio tergamam dan hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja.
Sumber: Instagram