in

“Dah pergi kaunseling 4 kali, tetap taknak” – TDM Pertimbang Serap Semula Tentera Dipecat Jika Mahu Vaksin

Ft Sarjan Wan Ramly Mungkin Diserap Jika Terima Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang anggota tentera berpangkat sarjan, Wan Ramly Wan Seman dilaporkan “diberhentikan secara tidak terhormat” gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19. Menurut laporan, Wan Ramly yang merupakan tentera Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja itu berpengkalan di  Kem Rasa, Negeri Sembilan dan arahan pemberhentian perkhidmatan itu berkuasa kuasa hari ini.


Sarjan Wan Ramly

 

“Akan pertimbang serap semula jika…”

Terbaru, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata Wan Ramly akan dipertimbangkan untuk diserap semula, jika dia bersedia terima suntikan vaksin Covid-19. Meskipun begitu, katanya keputusan memberhentikan anggota yang telah berkhidmat selama 19 tahun itu masih kekal setakat ini, lapor Harian Metro.

Wan Ramly yang telah menjalani empat sesi kaunseling sebelum ini bagaimanapun masih dengan pendirian dan keputusan yang sama di mana dia enggan menerima suntikan vaksin.

TDM akan pertimbangkan (serap semula bertugas) jika dia mahu menerima suntikan vaksin dan saya yakin pegawai pemerintah mengambil tindakan sewajarnya.”

Segala apa yang patut anggota itu dapat, kita akan serahkan.”

Panglima Tentera Darat Berucap Di Pc

Kata beliau lagi, TDM mempunyai 86,000 anggota dan mereka tidak mahu sebarang implikasi berlaku terhadap anggota lain yang bekerja di dalam pasukan hanya kerana dia seorang yang tidak menerima suntikan vaksin.

TDM merasakan dia tidak sesuai dengan tentera darat kerana TDM bekerja dalam kumpulan.”

 

“Saya berhak tolak vaksin”

Terdahulu, media melaporkan berita tentang bapa kepada tiga anak itu yang berkata dia menggunakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menolak vaksinasi.

Saya amat kecewa kerana selepas hampir 20 tahun berkhidmat kepada negara tanpa sebarang rekod disiplin, saya dipecat secara tidak terhormat. Saya masih percaya bahawa saya berhak menolak vaksin kerana kerajaan tidak mewajibkannya.”

Dia juga dilaporkan pernah cuba untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tentera untuk dibicarakan bagaimanapun permintaannya telah ditolak oleh Pegawai Pemerintah.

Vaksin Untuk Tentera

Menurut siaran akhbar dari Sel Perhubungan Raya, Tentera Darat Malaysia, sebagai anggota Tentera Darat Malaysia pengambilan vaksin adalah diwajibkan. Mana-mana anggota yang menolak untuk divaksin boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah.

Baca: Enggan Ambil Vaksin, Sarjan Tentera ‘Diberhentikan Secara Tidak Terhormat’ Lepas Berkhidmat Hampir 20 Tahun

Collage 38

Sumber: FMT
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.