in

“Dah macam demam kuning pulak” – Guna Petua Ibu Letak Kunyit Di Muka, Tapi Lain Pula Jadinya

Ft Mask 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perempuan dekat luar sana, pernah tak korang try produk-produk di pasaran atau guna petua untuk dapat kulit yang cantik dan sihat? Min pernah juga, tapi nasib baik tak jadi macam ni.


Seorang pengguna Twitter di Indonesia dikenali sebagai @ibubuiyakult berkongsi gambar mengenai masker kunyit yang dipakai di mukanya.

Menerusi perkongsian tersebut dia menggunakan kunyit sebagai masker muka seperti yang disarankan oleh ibunya. Tapi tanpa disangka-sangka, warna kuning kunyit itu tidak berjaya dihilangkan meskipun sudah beberapa kali cuba dibersihkannya.

Haa sudahhh, kalau Hulk warna hijau, kalau kuning apa pula?

 

 

Capture 3 2

 

“Kata mama kunyit bagus dipake buat maskeran tapi kenapa KUNINGNYA NGA BISA ILANG allahuakbar,”

Menerusi gambar yang dikongsikan gadis itu, wajahnya sudah bebas daripada kunyit tersebut walaubagaimanapun yang tinggal di mukanya hanyalah warna kuning. Macam mana nak keluar rumah ni!

 

Capture 2 5

 

Reaksi muka ‘redha’ gadis tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian itu.

Min pun pernah dengarlah juga mengenai kebaikan kunyit ni, nasib baik min tak pernah cuba! Untuk gadis tu, harap-harap berjayalah hilangkan kesan kunyit tu ya…

 

Baca : “Ada-ada je warga Indo ni” Tanggal ‘Masker’ Ketika Rusuhan, Lelaki Indonesia Ini Buat Netizen Terbahak

Capture 9 6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.