in

“Dah macam ada demonstrasi”- Netizen Kongsi Situasi Ambil Anak Pulang Sekolah

Fi Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, telah bermulanya sesi bagi takwim baharu persekolahan penggal 2022/2023 seluruh negara di mana para pelajar mula hadir ke sekolah bagi menjalani proses pembelajaran secara fizikal.

Jika dilihat, kebanyakan ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak mereka hingga ke kelas seperti kebiasaan permulaan sesi persekolahan sebelum pandemik Covid-19. Menurut beberapa tinjauan juga didapati situasi ketika menghantar anak-anak masuk ke sekolah adalah terkawal kerana ibu bapa berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak sekolah.


Pun begitu, terdapat satu perkongsian yang tular di laman Twitter semalam sehingga ia telah pun berjaya menarik perhatian ramai terhadap situasi sebenar ketika anak-anak pulang dari sekolah.

Oleh sebab ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk mengambil anak-anak mereka, jadi mereka terpaksa menunggu di luar selepas tamat sesi persekolahan hari pertama semalam.

Jika dilihat di dalam gambar yang dikongsikan oleh @chairman_GLC ini, situasi dan gelagat para ibu bapa sedang menunggu anak-anak mereka pulang sekolah itu seolah-olah seperti ada satu demonstrasi sedang berlaku!

Perkongsian itu telah mendapat perhatian kebanyakan netizen sehingga ramai yang berkongsikan pengalaman masing-masing semalam.

Komen Sekolah

Disebabkan norma baharu lepas kehadiran Covid-19 ni, ibu bapa pun terpaksa lah jadi bijak dan kreatif. Takpe lah orang nampak macam touchdown dekat airport pun, yang penting anak selamat balik rumah. Betul tak?

Baca: Bakal Pasang Locker Di Sekolah, KPM Umum 7 Inisiatif Kurangkan Masalah Beg Berat Murid

Baca Sekolah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.