Kebanyakan orang pastinya ada perkahwinan impian masing-masing, tapi nak buat perancangan perkahwinan tu mestilah kena ikut kemampuan sendiri…
Baru-baru ini, seorang wanita telah kongsikan pengalamannya sendiri bila dia terpaksa cuci pinggan di majlis perkahwinan rakannya. Uish, pergi wedding pun kena buat kerja.
Menurut wanita ini, dia dan sembilan lagi tetamunya telah diberikan tanggungjawab untuk membersihkan pinggan kotor kerana pengantin tak ada duit nak upah orang untuk buat. Macam mana boleh jadi macam ni?
Pengantin perempuan yang juga merupakan saudara saya dan suaminya telah berhabis duit untuk menyewa tempat yang mahal dan cantik lengkap dengan resepsi yang mewah.
Dorang mahukan makanan yang mewah untuk dihidangkan oleh tetamu jadi dia pilih daging yang berkualiti, keju dan roti yang mahal, tapi disebabkan tak cukup bajet, makanan tu hanya cukup untuk 3/4 tetamu sahaja. Yang lain berlapar.”
Tak cukup dengan itu, disebabkan duit dah banyak habis untuk tempat yang cantik dan baju yang mahal, dorang tak cukup duit untuk upah orang katering bagi membersihkan pinggan dan cawan.
Pengapit mula datang ke arah tetamu dan minta kami untuk pergi ke dapur. Bila dah sampai dapur yang panas dan tak ada aircond, dia tunjukkan pinggan dan cawan kotor dan suruh kami basuh?!?”
Rupanya pengantin ini telah memilih untuk menyewa pinggan dan cawan untuk jimatkan duit tapi dengan syarat, ia perlu dipulangkan dalam keadaan yang bersih kalau tak nak duit deposit ‘hangus’.
Jadi saya dan sembilan tetamu lain terpaksa habiskan masa di dapur membersihkan pinggan dan cawan kotor.”
Disebabkan ini juga, mereka terlepas banyak benda yang berlaku semasa resepsi tersebut termasuk acara potong kek.
Lebih menyedihkan, selepas menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan perkahwinan impiannya, pasangan ini bercerai tiga tahun kemudian.
Haih, memang best kalau dapat wedding yang diimpikan tapi kenalah berpada-pada. Jangan susahkan diri atau paling penting susahkan orang lain macam ni.
Sumber: India Times