Kedai makan terkenal, Murni Discovery baru-baru ini telah umumkan penutupan sementara semua outlet mereka selepas tujuh pekerja dari cawangan Cheras telah disahkan positif Covid-19.
Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh restoran Murni Discovery menerusi Facebook peribadi mereka.
Pelanggan yang dihormati,
PENUTUPAN SEMENTARA EKORAN COVID-19
Untuk pengetahuan anda, salah seorang staf kami di cawangan Cheras telah disahkan positif Covid-19 pada petang 14 November. Ekoran ini, kami serta merta telah menutup semua cawangan Murni dari 15 November dan aturkan semua staf kami untuk menjalani ujian saringan.
Keputusan hari ini menunjukkan enam lagi staf dari cawangan Cheras positif Covid-19 manakala staf dari cawangan lain didapati negatif.
Kami telah pun membuat sanitasi penuh di semua cawangan Murni. Dengan tambahan, semua cawangan Murni akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Kami sangat menasihati pelanggan yang telah datang ke cawangan Cheras pada bulan November untuk membuat saringan secepat mungkin dan menjalani kuarantinselama 14 hari.
Kalau korang ada makan di restoran Murni cawangan Cheras, tolong terus kuarantinkan diri serta buat panggilan kepada KKM untuk membuat saringan secepat mungkin. Lagipun kes dekat KL dah makin meningkat, so better kita ambil terus langkah berjaga-jaga dan kurangkan makan di luar serta duduk di rumah kalau tak ada urusan penting.
Baca: AWAS! Ini Senarai Tempat Yang Mempunyai Kes Positif Covid-19 Di Lembah Klang