in

“Dah la bayar singgit je” – [VIDEO] Wanita Dakwa Hospital Melaka Tak Layan Pesakit Yang Datang?

Feature 2 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika wabak Covid-19 ini, mesti ramai yang faham bahawa hospital sememangnya sesak dengan pesakit. Bilangan doktor dan petugas kesihatan pun semakin berkurangan disebabkan ramai antara mereka yang terpaksa dikuarantinkan akibat dijangkiti Coronavirus. Penat betul jadi doktor dan jururawat ni kan. 


Namun, ada juga yang seakan tidak memahami situasi ini. Baru-baru ini tular di Twitter video seorang wanita yang mendakwa bahawa Hospital Melaka tidak melayan pesakit yang datang ke hospital tersebut.

Dalam video terbabit, wanita itu meluahkan kemarahannya terhadap perkhidmatan hospital tersebut berikutan dia terpaksa menunggu selama dua jam.

Hospital 3 1

Difahamkan, dia telah telah melakukan perkara tersebut secara live di Facebook miliknya malam semalam. Sabar lah, mungkin ada banyak lagi pesakit kecemasan lain yang lebih perlukan rawatan.  

Hospital 4

Rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita yang berbangsa Cina ini yang dilihat tidak memahami situasi Covid-19 yang sedang dihadapi oleh frontliners dan petugas kesihatan yang lain.

Hospital 2

Kena lah bertimbang rasa sikit, dah lah semua doktor dan jururawat dah overworked. 

Baca: “Ramai tak faham fungsi jabatan kecemasan” – Rupanya Pesakit Tak Boleh Datang Ke ED, Lelaki Ini Jelaskan Kenapa

Ed

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.