in

“Dah habis kerja la tu”-[VIDEO] Terhibur! Rider Buat Aksi ‘Moonwalk’ Masa Hantar Makanan Pelanggan

Cats 107

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam musim pandemik Covid-19 ini, ramai orang yang sudah tidak berani untuk keluar rumah sebab takut terdedah dengan virus bahaya ini. So, ramai yang ambil inisiatif untuk order makanan secara online dan lagi senang sebab akan dihantar terus di rumah.


Rider penghantar makanan boleh dikatakan agak sibuk pada waktu pandemik ini sebab pesanan makanan secara online sekarang ini makin meningkat.

Sibuk-sibuk pun, ada seorang rider ini sempat buat aksi yang menghiburkan tau.

 

Sempat menari sebelum letak makanan

Baru-baru ini di Singapura, ada seorang rider penghantar makanan ini sempat menari sebelum meletakkan pesanan pelanggan dekat rumah diorang.

Menurut Mothership, aksi lelaki itu yang menari ‘moonwalk’ ala-ala Michael Jackson itu dirakam melalui kamera tersembunyi yang berada di depan pintu rumah pelanggan tersebut.

Melalui rakaman video tersebut, rider yang memakai topi keledar dan pelitup muka itu dipercayai datang dari koridor sambil pegang plastik bungkusan makanan yang dia nak hantar kepada pelanggan.

Dia dikatakan buat pelbagai aksi lagi selain menari moonwalk sebelum beg plastik berisi makanan itu digantung di depan rumah pelanggannnya. Bukan itu sahaja tau, rider itu juga sempat bagi ‘thumbs up’ di depan kamera tersebut dan buat aksi seperti ahli bina badan sebelum beredar.

Moonwalk

Thumbs Up

Aksi tersebut berjaya meraih perhatian netizen di Facebook yang rata-ratanya terhibur tengok aksi rider itu.

Mungkin order dia masuk banyak hari tu, seronok la kot dia siap boleh menari lagi tu.

 

Sumber: Mothership, Syazwi Halip

Baca:”Rajin keje rajin belajar”- [VIDEO] Rider FoodPanda Tetap Gigih Ikut Kelas Online Walaupun Tengah Kerja

Rider 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.