in

“Dah gila ke dia ni?” – Rihana Petra Makin ‘Menjadi-jadi’, Kini Mahu Bertemu Bonda Sultan Kelantan Pulak?

Rihana Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu penceraian Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko masih tak kebah-kebah daripada pelbagai kontroversi.

Terbaru hari ini, bekas ratu cantik tersebut telah memuat naik posting terbaru di Instagram mengenai kisah rumah tangganya sekali lagi. Kali ini pula melibatkan bagaimana dia mengenali Islam melalui bekas suami, baginda Sultan Kelantan. 


 

“Ketika kami tiba di Malaysia, suami saya berdiri di hadapan saya dengan pakaian yang saya tak pernah lihat…. tiba-tiba dia membentangkan sejadah” 

Menurut Rihana, sejak daripada pertama kali dia berkenalan dengan Sultan Muhammad V, dia sudah mula rasa yakin yang baginda lah bakal menjadi bapa kepada anak-anaknya.

Namun Rihana agak pelik apabila dia berkunjung ke Malaysia, suaminya mula membentangkan sejadah dan bersolat. Kemudian dia mendakwa baginda telah berjanji dengannya untuk mengajar tentang Islam satu hari nanti. 

https://www.instagram.com/p/B1_J2PpCbGi/

 

“Beri saya alamat istana” – Rihana 

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ada di antaranya menyuruh Rihana untuk berhenti daripada menceritakan kisah tersebut lagi kerana mereka sudah pun bercerai.

Perangai
sumber: instagram

Namun Rihana kemudian bagaikan tidak puas hati dengan komen netizen telah meminta mereka memberikannya alamat Istana Kelantan.

Menurut Rihana, dia ingin bertemu dengan bonda Sultan Kelantan, Tengku Anis kerana dia belum pernah diperkenalkan lagi dengan baginda. Pulakk??

Edcvwywu4Aa98 9
sumber: twitter

 

“Gila talak ke dia ni?” 

Disebabkan tindakan Rihana ini, ramai menyifatkannya sebagai ‘kurang betul’ dan ‘gila talak’. Aduhai… 

Tak Betul
sumber: twitter

Apa-apapun admin harap netizen janganlah memburukkan lagi keadaan dengan meninggalkan komen bukan-bukan di Instagram Rihana. Kita tengok dan lihat apa yang berlaku saja lepas ni. 

Baca: “Coretan yang tak sahih” – Istana Kelantan Tampil Beri Respon Pendedahan Rihana Oksana?

Istanakelantan2 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.