in

“Dah 20 tahun melekat Madam” – Niat Pensyarah Hanya Nak Tegur, Tapi Lain Pula Jadi

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak cikgu atau pensyarah yang berjiwa emak-emak sangat, salah sikit pun mesti dibetulkan dengan alasan tak baik buat macam tu. Jadi bila lecturer yang macam tu, nak melawan pun jadi serba salah kan?


Macam kisah seorang pensyarah ni, tindakan untuk menegur muridnya adalah baik, tapi lain pula yang jadi…

 

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan oleh Khuzairi di akaun Twitter miliknya, dia diminta untuk meletakkan nama samaran oleh pensyarahnya, lantas dia meletakkan nicknamenya sebagai khuzairi keria.

Mungkin sifat keibuan mula terserlah apabila melihat pelajarnya seolah ‘mempersendakan’ nama sendiri, pensyarahnya pantas menegur pelajarnya itu.

 

Khuzairi

Pensyarah berpangkat Puan itu menyangkakan anak muridnya hanya berseloroh, sekali nama betul lahhhhh…

Niat nak menegur tu dah betul, tapi sekali salah timing la pula.

Lantaran itu, ciapan lelaki yang dengan caption ‘Dah 20 tahun melekat madam’ mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka terhibur, tapi tak kurang juga rakan-rakan yang baru sedar nama sebenar lelaki itu.

 

 

Capture 10

Aduhh ada yang baru tau jugaa…

Tapi akhirnya pensyarah tu pun dikatakan telah memohon maaf kepada pelajar tersebut, biasalah salah fahamkan.

Nasib baiklah pelajar ni memahami, dia juga dikatakan telah biasa berhadapan dengan isu sebegini.

Korang pula macam mana, pernah ke hadapi situasi macam ni?

 

Baca : “Soalan serius tak dijawab, dia buat lawak pulak” Netizen Kritik Respon DG Hisham Di Twitter

Capture 5 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.