in

“Customer not always right” – Pelanggan Maki Barista, Sebab Cawan ‘Americano’ Kecil?

Zus Coffee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekerja dalam bidang makanan dan minuman bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan servis dan perlu berdepan dengan pelanggan.

Itulah yang terjadi kepada seorang barista ini apabila dia ditengking gara-gara pelanggan berang dapat saiz cawan yang kecil untuk kopinya.


Video tersebut memaparkan seorang gadis membela dirinya apabila berhadapan dengan seorang pelanggan lelaki yang bertindak memaki hamun gadis berkenaan.

Walaupun barista berkenaan sudahpun menerangkan saiz cawan itu adalah mengikut prosedur kedai kopi tersebut namun kedengaran pelanggan lelaki berkenaan masih berang dan ingin mempertikaikan saiz cawan yang diberi.

“Saya jawab, itu memang standard. Bukan macam kedai lain, ada saiz cawan berbeza.

Dia mengamuk bila dapat cup kecik, sebab dia kata pernah beli di tempat sama tapi dapat cup besar,” katanya.

Gadis berkenaan turut memberitahu pada mulanya dia ingin tularkan video berkenaan, pun begitu dia turut memberitahu tujuan sebenarnya menularkan video tersebut untuk berkongsi perasaan yang dihadapi oleh barista-barista di luar sana.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telah mendapat 12k retweets serta 2.3 juta tontonan.

Baca: “Apa benda si*l” – [VIDEO] Netizen Kecam Suami ‘Maki’ Isteri Lepas Dapat Tahu Harga Air Sampai RM30

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.