in

Curi Pakaian Wanita Untuk Naikkan Syahwat, Lelaki ‘Nafsu Pelik’ Ditahan Polis

Ft Curipakaian

Seorang pemuda berusia 23 tahun ditahan pihak polis di sebuah kondominium di Bandar Sunway selepas didapati mencuri pakaian wanita dengan tujuan untuk digunakan sebagai ‘penaik nafsu syahwat’, lapor Malaysiakini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, lelaki itu ditangkap selepas pihanya menerima laporan daripada seorang wanita yang melihat suspek berlegar-legar di sekitar ruangan lif aras rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin.

Pengadu mengesyaki lelaki tersebut adalah individu yang terlibat susulan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.”

Suspek telah mengakui di hadapan suami pengadu dan pihak pengurusan kondominium bahawa dia mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan pakaian yang dicurinya iaitu di dalam bilik tidur rumahnya di kondominium sama.”

Baju1

Baju2

Baju3

Pada hari yang sama, kira-kira jam 12.15 tengah hari lelaki itu telah ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Way. Polis turut merampas 58 pakaian wanita pelbagai jenama serta sebatang kayu yang diubahsuai dipercayai telah digunakan semasa kejadian.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Suspek bagaimanapun akan dituduh di bawah seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini kerana gagal memberi keterangan.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.”

Baca: “Suka bau jee sis” – Penceramah Dedah ‘Fetish’ Pelik Orang Zaman Sekarang, Suka Beli Baju Kurung Satin ‘Preloved’ Untuk Puaskan Nafsu?

Hati

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini