in

Culik, Bunuh dan Tanam Dalam Hutan. Kes Pembunuhan Libat Ahli Kongsi Gelap Dibongkar

Kuboq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah lama rasanya tak muncul berita pasal pembunuhan ngeri ni kan. Tapi baru-baru ni, satu kes pembunuhan ngeri mula terbongkar lepas pihak polis menemui sebuah kubur tak bertanda kat dalam hutan berhampiran sebuah kuil terbiar di Batu 8, Jalan Sungai Gadut, Negeri Sembilan semalam, lapor Berita Harian.


Tulang manusia yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam merupakan antara ditemui dalam kubur tu dan susulan penemuan ni pihak polis dah menahan sekumpulan suspek daripada ahli kongsi gelap dalam sebuah operasi khas dua minggu lepas.

Bunuh 2
sumber: bh
Bunuh 3
sumber: bh

Kumpulan kongsi gelap ni dikatakan dah terbabit dalam lima kes pembunuhan sejak tiga tahun lalu

Semua mangsa pembunuhan dah ditanam dalam kubur kat kawasan hutan yang jauh 150 meter dari jalan utama. Lebih mengerikan, polis syak mangsa-mangsa ni diculik, dibunuh dan ditanam! Kejam gila!

Suspek-suspek yang ditahan ni semua dibawa ke kawasan kubur tu dalam jam 12 tengah hari semalam bersama Unit Forensik dan anjing pengesan. Lepas kubur tu dapat dikesan, pihak bomba dah menggali dua lubang dan menemui tulang-tulang manusia yang ditanam kat situ.

Bunuh 4
sumber: bh

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, setakat ni pihak polis masih lagi siasat kes penemuan tulang manusia kat situ. Dorang perlu buat analisis dulu dan semak rekod orang hilang untuk maklumkan dekat keluarga waris.

Pun begitu, seorang wanita berusia 45 tahun datang ke lokasi kejadian kerana ingin mengesahkan sama ada tulang yang ditemui itu berkaitan dengan anak sulungnya yang hilang empat tahun lepas ataupun tak.

“Seorang saudara hubungi saya memberitahu polis menemui tulang manusia ditanam di dalam hutan. Saya berasa tidak sedap hati.

“Saya mengajak anak perempuan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat. Namun, anggota polis memberitahu mereka belum dapat mengesahkan tulang itu milik anak saya atau tidak, kerana perlu buat ujian DNA,” kata wanita yang enggan dikenali tu.

Bunuh 5
sumber: bh

Macam mana pun, kes yang sama seperti ni pernah berlaku pada 11 November tahun lepas bila tukang cuci kedai kereta dah dibunuh dan mayatnya ditanam dekat tepi jalan Taman Saga, Siliau, Rantau. Mangsa dikatakan kena culik sebelum dibunuh sebab kumpulan kongsi gelap tak puas hati dengan hal berkaitan girlfriend mangsa.

Hati-hatilah kalau bergaul dengan orang yang ada kaitan dengan gangster semua ni. Buat salah sikit, habis kita dibunuhnya! 

Baca: Empat Suspek Lelaki Kes Tikam Dan Gilis di Stesen Minyak Johor Bahru Ditahan!

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.