in

“Cuci botol pakai span basuh pinggan” – Tahan Hanya 6 Hari, Bekas Pekerja Dedah ‘Azab’ Sebuah Taska Di Sg Buloh

Ft Taska Sg Buloh

Seorang bekas pekerja sebuah taska di Sg Buloh menceritakan pengalaman buruknya sepanjang bekerja di taska tersebut. Katanya, dia hanya bertahan di sana selama enam hari sahaja kerana tidak tahan melihat cara taska tersebut menjaga bayi-bayi yang ada di sana.

Menurutnya, layanan yang diberikan terhadap bayi-bayi yang dijaga di situ tidak setimpal dengan bayaran bulanan yang ditawarkan terutamanya dalam bab kebersihan yang mungkin boleh memberikan kesan buruk terhadap bayi.

Artikel berkaitan : “Comel!” – Gelagat Adik Ini Menari Depan Pagar Taska Buat Netizen Tersengih

Artikel berkaitan : “Ibu bapa pun nak rehat” – Hantar Anak Pergi Taska Waktu Cuti, Ramai Netizen Rasa Wajar Sebab…

Menerusi platform X, bekas pekerja taska tersebut menjelaskan bahawa bayaran bulanan yang diperuntukan adalah daripada RM400 ke RM500 sebulan. Katanya, kesemua kanak-kanak bawah jagaan taska yang berumur dalam lingkungan 6 bulan hingga ke 2 tahun berkongsi satu mangkuk dan satu sudu untuk disuap makan beramai-ramai.

“Sharing 1 mangkuk 1 sudu beramai-ramai. Tuala parents sediakan but diaorang share 1 towel untuk semua budak. Hmmm kain buai warna kelabu bau hanc*ng koyak-koyak.”

Gqpykeubwaa72Ng Gqpykjmayaaq8D2

Malah, katanya ibu bapa kepada kanak-kanak ada menyediakan tuala khas untuk anak mereka, tapi pihak taska hanya gunakan satu tuala sahaja tualan untuk kesemua budak. Bahkan, ramai budak yang dikatakan terkena jangkitan penyakit.

“Aku keje 6 hari je tak sanggup dah tegok. Cuci botol baby pakai span basuh pinggan and tuala cuci singki. Gaji 1200 HAHAHAHAHA. Pergi la review la google taska p****** al***** ni. Dari baby yang tak eczema terus macam-macam kena.”

Gqpymgbakaepxwr

Gqpyko9Akaiwhf4

 

“Taska boleh ke letak buai?” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen telah mempertikaikan tindakan taska tersebut yang memasang buaian buat kanak-kanak tersebut kerana difahamkan peraturan daripada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, pengusaha tidak boleh menyediakan apa-apa bentuk atau jenis buaian atau katil budak yang dikendalikan dengan cara ayunan atau goncangan.

Boleh rujuk di sini

Dalam pada itu, ramai juga yang kongsikan pengalaman mereka hantar anak-anak di pusat asuhan ‘dari neraka’ setelah membaca situasi yang dikongsikan oleh bekas pekerja ini.

Screenshot 2024 06 24 121823 Screenshot 2024 06 24 121849 Screenshot 2024 06 24 121937 Screenshot 2024 06 24 121953 Screenshot 2024 06 24 122211 Screenshot 2024 06 24 121745

Perkongsian tersebut tular dan meraih lebih daripada 9K jumlah perkongsian dalam masa 2 hari ia dikongsikan. Susulan itu juga, difahamkan pihak taska telah membuat laporan berhubung penularan posting berkenaan serta meminta individu berkenaan menurunkan posting ini.

Gqqtujfamae3Nis 1

 

Apa-apapun ibu diharapkan berwaspada selalu dengan taska atau tadika yang menjaga anak-anak mereka.

Dalam masa yang sama, diharapkan pihak taska ada penjelasan selanjutnya berhubung isu ini jika benar tuduhan yang dilemparkan bekas pekerja tersebut.

Sumber : X