in

“Saya tak boleh terima” – Ibu ‘Baby Haura’ Menangis Imbau Tragedi, Rayu Kematian Anak Dapat Pembelaan

Ibu Baby Haura Najiha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kematian seorang bayi perempuan berusia 6 bulan pada dua tahun lalu kembali tular susulan kes seorang bayi lelaki berusia 8 bulan yang meninggal selepas dihantar ke sebuah taska, baru-baru ini.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Nurul Fateha Sandollah meluahkan rasa kecewa dan sakitnya kehilangan anak ketiga yang dinantikannya bersama suami selama tujuh tahun meninggal dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.


Artikel berkaitan: “Cara kematian sama” – Sebelum Al Fateh, Bayi 6 Bulan Maut Di Taska 2 Tahun Lalu

Ibu merayu kematian anak dapat pembelaan

Menerusi satu hantaran video dari Kosmo!, ibu bayi yang bernama Haura Najia Mohd Kamaruddin Helsa turut menunjukkan beberapa helai pakaian terakhir arwah.

“Inilah baju terakhir dia pakai. Saya akan peluk baju ini, cium. Baju ini masih ada bau dia kalau saya sangat rindukan dia memang saya akan peluk,” katanya dalam nada sebak.

Mengimbau tragedi yang berlaku pada 27 Oktober 2022, Nurul Fateha berkata, Haura dihantar ke taska dalam keadaan sihat sebelum pihak pengurusan memaklumkan bayinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Melaka pada pukul 4.29 petang.

Jelasnya, pegawai perubatan bagaimanapun memaklumkan bayinya tidak mempunyai denyutan nadi dan bantuan pernafasan diberikan selama 24 minit sebelum diintubasi sehingga disahkan meninggal dunia pada 29 Oktober 2022.

“Tetapi sehingga kini permintaan kami untuk melihat rakaman CCTV di taska terbabit tidak dilayan, malah tiada tindakan susulan diambil oleh agensi terlibat berkaitan kematian Haura.

“Keputusan bedah siasat Haura juga diperolehi kami selepas empat bulan kematiannya, begitu lama dan akhirnya hanya disahkan jangkitan kuman dalam paru-paru,” katanya.

Whatsapp Image 2024 09 10 At 12.28.25 Pm

Katanya lagi, pihak taska ada memberikan penjelasan bayinya telah dibedung enam jam dan disumbatkan susu sebelum disedari berada dalam keadaan kaku oleh pengasuh.

Tetapi, mereka tidak terfikir untuk rekod apa yang diluahkan pengasuh ketika itu kerana hanya memikirkan anak yang sedang bertarung nyawa.

Ibu bayi itu merayu agar pihak terlibat tampil memberikan penjelasan termasuk tindakan pihak JKM negeri yang masih membenarkan taska tersebut terus beroperasi meskipun ketika kejadian berlaku ia didapati tidak berdaftar.

Sumber: Instagram, Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.