in

Cuba Nak Selamatkan Dari Terjatuh Dalam Kolam, Atuk & Cucu Maut Akibat Lemas

Ft Atuk Cucu Lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amat menyayat hati buat satu keluarga dari Sungai Petani ini apabila warga emas berusia 77 tahun maut bersama cucu yang berumur 2 tahun apabila mereka dipercayai lemas dalam sebuah kolam terbiar di Taman Kempas, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan mayat kedua-dua mangsa disedari oleh pelanggan sebuah restoran berhampiran kolam itu. Polis katanya menerima maklumat tersebut kira-kira pukul 7.20 malam.


Artikel Berkaitan : Disebabkan Kelalaian Ibu Bapa, Budak 12 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kekurangan Zat Akibat Kutu Rambut

Artikel Berkaitan : “Biar dia mengadu pada Allah” -Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah

“Anggota Balai Polis Tikam Batu tiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa dijumpai terapung di dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam.”

“Temubual bersama waris si mati, memaklumkan kanak-kanak itu akan dibawa berjalan- jalan setiap petang oleh datuknya selepas diambil dari ibunya yang bekerja di kedai makanan di Taman Kempas.”

Screenshot 2023 09 12 173455

Malah, hasil pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian katanya tidak menemui unsur jenayah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Difahamkan, cucu mangsa Muhammad Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith yang turun dari motosikal terus berlari terus ke arah kolam. Ternampak cucunya jatuh, si atuk, Azmi Abdullah terus berlari ke arah kolam tersebut untuk cuba selamatkannya namun turut lemas.

Ibu kepada Ziyaaf berkata, anaknya duduk seharian bersamanya, dia begitu manja dengan memeluk dirinya sebelum diambil ayahnya.

“Semalam, anak duduk seharian dengan saya. Dia manja dan peluk saya sebelum ayah saya datang ambil dia kira-kira jam 5 petang.”

“Tak lama kemudian, saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak saya ditemukan lemas di kolam berhampiran restoran itu.”

Screenshot 2023 09 12 173523

Harian Metro melaporkan bahawa kejadian itu mula disedari oleh bapa kanak-kanak tersebut, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 37, selepas mendapati anak tunggalnya serta bapa mentuanya tidak pulang ke rumah jam 7 malam, sebelum keluar mencarinya di kawasan kolam terbiar itu.

Luluh hatinya apabila menemui jasad mereka terapung dalam kolam berkenaan. Lebih memilukan, ibunya, Zarina Azmi, 34 menyatakan bahawa Ziyaaf adalah anak tunggalnya setelah menunggu hampir 9 tahun untuk menantikan cahaya mata. Namun dia reda dengan pemergian anak dan bapa secara serentak.

Al-fatihah buat mangsa dan salam takziah buat ahli keluarga.

Sumber : Harian Metro, Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.