Meskipun jangkitan Covid-19 di negara China menunjukkan trend penurunan, namun negara-negara lain yang dilanda wabak tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara.
Salah satunya ialah Itali.
Lebih membimbangkan lagi apabila negara itu mencatatkan hampir 200 kematian akibat coronavirus dalam tempoh 24 jam.
“Jumlah kenaikan tertinggi di dunia sejak Covid-19 menyerang China pada akhir tahun lepas.”
Dalam pada itu Perdana Menteri, Giuseppe Conte berkata kerajaan akan memperuntukkan kira-kira 25 juta euro bagi membantu mengurangkan impak kerapuhan pada ekonomi, lapor nbc news.
Mengikut rekod dari Selasa ke Rabu, sebanyak 196 kematian dicatatkan sekaligus jumlah total maut akibat Covid-19 menjadi 897.”
“Malah kes di negara itu turut meningkat daripada 10,149 kepada 12,462 kes setakat ini.”
Selain China, Itali merupakan negara kedua tertinggi di dunia bagi korban Covid-19 dan ketiga tertinggi dalam kes jangkitan.
Ini antara foto-foto terkini sekitar Itali :