in ,

“Corona tak kisah kau vip ke tak” – Netizen Panas Hati Baca Luahan Hati Doktor Yang Terpaksa Berurusan dengan ‘Kluster Kayangan’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari kita dengar sidang media dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan pandemik Covid-19. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada pertambahan kes.


Kalau sebelum ini kecoh dengan kluster tabligh, kluster kenduri kawin, kluster di Kuching, Sarawak dan beberapa sub-cluster yang lain. Tapi kali ni kluster baru telah muncul dengan nama ‘Kluster Kayangan’.

Admin share sikit lah pasal kluster kayangan ni, katanya kluster VIP yang baru pulang dari melancong luar negara atas pilhan sendiri. Kluster ni banyak songeh dan demand, sebab tu geng-geng frontliner kita panggil dorang ni ‘Kluster Kayangan’

Cuba korang baca post Facebook Dr. Ahmad Samhan pasal ‘Kluster Kayangan’ tu kat bawah ni.

 

 

Corona tak kisah kau VIP ke tak

Ya Allah sakitnya hati baca post Dr. kat atas ni. Kalau macam tu lah situasinya, memang panas hati weh layan kluster baru ni. Ini baru sorang doktor yang post, admin ada perasan ada 2-3 post dari frontliners yang lain. Masing-masing rindu kluster tabligh yang tak banyak demand tu.

Mungkin ini pengajaran yang paling elok untuk kluster yang bajet bagus sangat tu. Bawak dia tengok masa depan kalau masih melawan atau banyak songeh.

Haa.. ni admin setuju. Letak frontliners yang garang-garang. Baru ada akal dan nak dengar cakap. Ni letak yang lembut-lembut memang dia pijak kepala lah. Berlagak je lebih.

Betul, rasanya maksud kayangan tu tempat yang elok dan baik. Tapi ni dapat yang jenis perangai tak berapa nak elok ni rasanya kena tukar nama kluster kot yang lebih bersesuaian.

Harap semua frontliners kita kekal tabah untuk kerja dan selamat menjalankan tugas. Untuk kita pulak, duduk dirumah, jangan nak tambah kluster itu ini pulak nanti. Stay home, stay safe!

 

Baca: “Tak payahlah nak buat hang tu bukan pembawa virus” – Perkongsian Penghidap- Covid-19 Ini Jadi Bahan Kecaman Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.