Macam-macam ragam rakyat Malaysia tatkala menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62. Dari rakyat biasa ke pasangan diRaja pun sama-sama menyambutnya dengan gembira.
Tak kurang juga pasangan lagenda kita, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Kedua-duanya mengenakan baju sedondon sempena Hari Kebangasaan kita. Jom tengok tweet dekat bawah ni oleh Tun M sendiri.
Comel je!
Memang nampak comel Tun M dan Tun Siti Hasmah ni. Walaupun dan berumur lebih daripada atuk dan nenek kita, mereka berdua masih nampak steady di pagi merdeka.
Segak weh, betul punya segak. Nampak muda dan sihat. Kami rakyat Malaysia pun mendoakan kesihatan yang berpanjangan kepada Tun berdua.
Kann.. romantik kan Tun dua orang ni. Steady dan happy je nampak. Memang relationship goals betul lah
Respek kepada Tun walaupun usia nak dekat satu abad, tapi masih steady dan bertenaga mengepalai negara yang kita cinta ini.
Admin harap, kita semua akan kekal bahagia sampai ke hari tua dengan pasangan kita, sama macam Tun berdua ni.