in

“Comel bona!” – Gelagat Nyonya Ini Berborak Loghat ‘Nismilan’ Tarik Perhatian Netizen

Untitled Design 2022 03 04T133344.328

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi rakyat Malaysia sememangnya sangat bertuah kerana kita dapat mempelajari pelbagai jenis budaya dan cara hidup kaum lain.


Selain itu, perbezaan bahasa dan loghat juga menjadi salah satu keunikkan yang ada dalam negara Malaysia.

Baru-baru ini, sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @kak.mazz menarik perhatian netizen apabila seorang nyonya bercakap dalam loghat Negeri Sembilan dengan sangat lancar!

@kak.mazz

♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Difahamkan, nyonya tersebut memanggil jirannya Kak Mazz, untuk memberikan angpow kepada anaknya, Muhammad.

Dalam video itu, Kak Maz memberitahu yang nyonya itu merupakan jirannya dan dia bukanlah orang asal Negeri Sembilan tetapi sejak dia berkahwin, dia telah tinggal di situ. Disebabkan itu, loghat ‘nismilan’ nyonya itu sangat power!

Dalam video yang lain, nyonya tersebut memberitahu usianya sudah mencecah 85 tahun, Kak Mazz juga memberitahu dalam video tersebut mereka sudah lama berjiran dan mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat sehinggakan menganggap nyonya itu sebagai saudara.

“Baiknya Aunty!”

Sudah pastinya, video tersebut mendapat perhatian netizen. Ramai yang terharu dengan kebaikan nyonya tersebut dan ada juga yang kagum dengan semangat perpaduan antara kedua-dua jiran itu.

Untitled Design 2022 03 04T132631.057

Comel betul kan? 

Baca: “Aunty slayyy!” – [VIDEO] Netizen Terpegun Lihat Makcik Menari Tarian K-Pop Macam Anak Muda!

Untitled Design 2022 03 04T133006.010

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.