in

#COLDPLAYinKL Atasi Rekod Siti Nurhaliza 20 Tahun Lalu, Ini Senarai Artis Dengan Penonton Paling Ramai Di Bukit Jalil

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, konsert Coldplay yang berlangsung baru-baru ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat sehinggakan ia masih diperkatakan sehingga hari ini.

Konsert sulung Coldplay di Malaysia ini memang dinanti-nantikan ramai peminatnya yang rata-ratanya berpuas hati dengan persembahan kumpulan rock ini. Malah, kumpulan ini juga turut menjaga sensitiviti orang di Malaysia dan tidak menyentuh apa-apa isu sensitif walaupun mereka dikenali sebagai kumpulan yang menyokong LGBT.


Bukan tu je, dorang juga telah berjaya pecahkan rekod persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan penonton paling ramai iaitu seramai 75,000 orang yang sebelum ini dipegang oleh Siti Nurhaliza 19 tahun lalu. Fuh…

Artikel berkaitan: Tren Padat, Netizen Kongsi Situasi Sebelum & Selepas Konsert Coldplay

Artikel berkaitan: “Kecewa dengan Faz” – Bawa Bendera Palestin Ke Konsert Coldplay, Fazura Dikecam Netizen

Untuk korang yang nak tahu artis mana lagi yang pernah membuat persembahan di Stadium Bukit Jalil dengan bilangan penonton yang ramai, korang boleh baca dekat bawah ni!

10. Jacky Cheung (1999)

Jacky Cheung On Stage In 2018 Cropped

Persembahan penyanyi Hong Kong Jacky Cheung yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 1999 yang lalu telah menghimpunkan seramai 32,000 lebih peminat. Angka ini boleh dikatakan agak banyak dan dia juga turut berjaya mengatasi kumpulan dan penyanyi popular Hollywood seperti Linkin Park, Billie Eilish dan Paramore yang telah membuat persembahan di tempat yang sama selepas tahun 1999.

Fuh ramai betul peminat dia.

9. JJ Lin (2019)

Jj Lin 2019

Penyanyi, penulis lagu dan produser muzik dari Singapura JJ Lin telah memegang tempat kesembilan sebagai penyanyi dengan penonton paling ramai yang membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2019.

Kalau korang nak tahu, persembahan ini merupakan persembahan kedua penyanyi ini di Malaysia pada ketika itu dan ia telah berjaya menarik seramai 40,000 peminat untuk hadir melihat persembahan solonya ini.

8. Ed Sheeran (2019)

Maxresdefault 1

Sebelum tahun 2019, penyanyi terkenal Ed Sheeran pernah membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2017, ketika itu tiket untuk persembahannya telah habis dijual.

Kemudian ketika Divide Tour, penyanyi ini sekali lagi memasukkan Malaysia di dalam senarai jelajah Asianya dan konsert yang dibuat oleh Ed Sheeran di Stadium Nasional Bukit Jalil telah disaksikan seramai 41,000 peminatnya.

7. Jay Chou (2023)

1891913
Jay chou

Penyanyi Taiwan, Jay Chou yang membuat persembahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini telah mengumpulkan seramai 45,000 peminatnya.

Namun begitu, sebelum persembahannya ini Instagram Jay Chou malangnya telah diserang oleh peminat-peminat Harimau Malaya kerana persembahannya ini telah mengurangkan kapasiti bagi peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Piala AFF di antara Malaysia dan Thailand ekoran beberapa tempat duduk telah diambil bagi membina pentas penyanyi ini. Kesiannn

6. Muse (2023)

Muse

Julai lalu, seramai 50,000 peminat Muse telah berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan persembahan kedua kumpulan ini di Malaysia.

Pada awalnya, persembahan Muse ini sepatutnya dibuat di Bukit Kiara Equestrian Resort namun ekoran sambutan hebat, lokasinya telah ditukar ke Bukit Jalil. Ini sekaligus meletakkan kumpulan ini sebagai persembahan keenam dengan penonton paling ramai di sana.

5. Jacky Cheung (2002)

Image

Penyanyi Hong Kong ini merupakan satu-satunya artis dalam senarai ini yang disebut sebanyak dua kali.

Untuk persembahannya pada 2002 di lokasi yang sama, Jacky Cheung telah memecahkan rekodnya sendiri dengan bilangan penonton seramai 50,000 orang tau! Ramai betul peminat dia.

4. BLACKPINK (2023)

B5C8D54D Blackpink Twitter 070323

Pernah membuat persembahan pertama di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019, persembahan kedua kumpulan K-pop popular BLACKPINK di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dihadiri oleh 62,000 penonton.

3. A.R Rahman (2023)

28Rahman3 1674960129

Komposer muzik dari India dan pemenang Oscar, A.R Rahman telah mengadakan persembahan bagi menandakan perjalanan kerjayanya sebagai seorang pemuzik selama 30 tahun.

Persembahannya ini telah berjaya menempatkan komposer ini di tempat ke-3 selepas berjaya menarik seramai 67,000 orang peminatnya untuk melihat persembahannya.

Selain dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Dr. Wan Azizah, temukan sangat gemuruh juga turut didengari apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza telah mendendangkan lagu tamil berjudul ‘Munbe Vaa’ ketika persembahan tersebut.

2. Siti Nurhaliza (2004)

Siti Nurhaliza On Tour Axiata Arenauhashwhfjewfejgjregrtth 1555383679

Konsert Jelajah Fantasia yang diadakan oleh Siti Nurhaliza pada tahun 2004 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2004 yang lalu telah memegang rekod sebagai persembahan dengan penonton paling ramai iaitu seramai 70,000 orang.

Siti Nurhaliza telah memegang rekod ini selama 19 tahun sebelum dilawan oleh kumpulan yang menduduki tempat pertama. Apa-apa pun dalam list ni Siti sorang je penyanyi lokal okayyyy

1. Coldplay (2023)

2402613

Macam yang disebut dekat atas tadi, persembahan kumpulan rock Coldplay merupakan satu-satunya yang berjaya memecahkan rekod yang dipegang selama 19 tahun oleh Siti Nurhaliza.

Persembahan mereka ini telah berjaya mengumpulkan seramai 75,000 peminat dan mungkin lebih. Bukan hanya di dalam stadium, ada juga peminat-peminat kumpulan ini yang turut hadir di sana dan hanya mendengar dari luar sahaja gara-gara tak dapat tiket tau!

Kalau korang nak tengok senarai penuh persembahan lain dan jumlah penonton yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, korang boleh tengok dekat gambar bawah ni.

F Nors6Bwaagr

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.