“Cikgu mana yang berlagak ni?” – Lelaki Hidap Depresi Teruk Terima Penghinaan Daripada Bekas Rakan Sekolah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mesti korang dah banyak kali nampak atau dengar mengenai kempen kesedaran tentang penyakit dan bahaya depresi.

Tapi masih ramai juga yang memperlekehkan dan mengambil remeh terhadap individu yang sedang mengidapi penyakit ini.

Baru-baru ni tular di laman Facebook mengenai seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit depresi dan menerima penghinaan terhadap status dirinya oleh bekas rakan sekolah.

Perbualan kisah seorang pemuda Bipolar Anxiety dengan seorang kawannya. Tengok la biadapnya! Kredit: Yoo Mat

Posted by Nak like semata mata on Sunday, January 19, 2020

Mengikut hasil screenshot perbualan yang tersebar itu, kejadian ini bermula apabila seorang guru yang merupakan bekas rakan sekolah kepada lelaki yang dikenali sebagi mirul telah menegurnya di aplikasi Facebook messenger.

Guru berkenaan pada mulanya hanya ingin mengetahui akan tujuan kawannya itu berada di wad psikitri dekat hospital.

Kemudian, lelaki ini turut menjelaskan tujuan dia datang ke hospital dimana dia sebenarnya mempunyai masalah major depressive disorder, bipolar anxiety.

Bukan itu sahaja dia turut menjelaskan bagaimana dia boleh diserang oleh penyakit ini.

Tapi, berlaku perkara sebaliknya apabila guru tersebut seperti memperlekehkan dan semakin memperkecilkan mengenai kehidupan rakannya itu.

“Satu sekolah kenal kau pelajar yang slow repeat STPM 2012 dulu aku dengan yang lain-lain tengah tahun pertama buat ijazah, kau repeat lagi. Ketinggalan giler kau”

“Now kau dah habis pun tetap macam ni” Guru.

Namun, individu ini tetap tenang menerima hentaman hebat daripada rakannya yang bukan sahaja tidak menjaga tutur katanya.

Gambar Hiasan

Rakannya ini juga seperti menyalahkan tindakan lelaki ini yang pernah memohon jawatan guru di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) kerana dia tidak mempunyai kelayakan.

Dia terus mempersoalkan akan masa depan dan kerjaya yang kononnya hanya layak untuk lelaki ini.

Rata-rata netizen bengang dengan sikap guru ini yang mana dia kelihatan seperti tidak mempunyai rasa simpati terhadap rakannya itu.

Sumber: Facebook

 

Sumber: Facebook

Bila baca keseluruhan chat ni, boleh di simpulkan bahawa tidak semestinya bila kita mempunyai kerja yang lebih baik dari seseorang itu, kita boleh memperlekehkannya.

 

Baca: “Dia dah fikir bukan-bukan…” –  Isteri Hadapi Depresi Terpaksa Urus Anak Sendirian Sebab PJJ Dengan Suami

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?