in

“Cerita apa ni?” – Babak Filem Korea Terselit Bahasa Melayu Raih Perhatian Netizen

Gvfedww

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah dengarkan mengenai beberapa drama atau filem Korea yang trending  seperti Itaewon Class dan Start-Up? Mana taknya, drama keluaran dari negara tersebut telah menjadi fenomena di Malaysia sampai ada yang siap belajar bahasa Korea hanya sebab nak memahami drama tanpa melihat subtitle.


Namun baru-baru ini sebuah filem dari Korea Selatan telah tular di media sosial sehingga membuat netizen terpegun terhadap satu babak yang boleh dikatakan sangat relate dan unik.

Babak filem Korea terselit bahasa Melayu

Sebuah video berdurasi 1 minit 30 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang lelaki yang secara tiba-tiba bercakap dalam bahasa Melayu melalui satu babak daripada filem Korea yang berjudul Jazzy Misfits.

@locacolala

I still laugh at this scene till this day ? #jazzymisfits #kmovie #funny #movieclips #fyp

♬ original sound – Loca-Cola – Loca-Cola

“Makcik! makcik! makcik! Pagi-pagi ni buat bising apa ni..hah?!”

Menerusi video itu, lelaki itu terlihat marah kerana wanita terbabit mengganggunya pada waktu pagi dan rupa-rupanya wanita tersebut salah rumah. Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Melayu.

Netizen terpegun melihat babak itu, ada yang tanya cerita apa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat adegan tersebut kerana dilihat berbahasa Melayu dalam filem tersebut yang boleh dikatakan sangat jarang untuk dilihat beberapa elemen Malaysia di dalam industri filem antarabangsa seperti Korea Selatan.

Screenshot 2022 11 29 At 1.17.29 Pm

Screenshot 2022 11 29 At 1.17.37 Pm

Screenshot 2022 11 29 At 1.17.46 Pm

Wah min pun sekali terpegun lihat babak tersebut!

Baca: “Takde terikut bahasa sana” – [VIDEO] Ramai Puji KA Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Indonesia

Screenshot 2022 11 29 At 1.21.18 Pm

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.