in

“Cerah masa depan budak jadi bonzer night club”- 2 Pelajar Gaduh Punca Ejek Nama Ibu, Kawan-kawan Jadi Batu Api

Featured 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Cerah masa depan budak jadi bonzer night club"- 2 Pelajar Gaduh Punca Ejek Nama Ibu, Kawan-kawan Jadi Batu Api
Loading
/

Bab ejek nama mak ayah ni memang pantang, malah sampai ke tahap boleh buat gaduh lah!


Itulah yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam apabila 2 orang pelajar berusia 14 tahun bergaduh berpunca kerana ejek mengejek nama ibu.

Dalam video berdurasi 35 saat yang viral di media sosial memaparkan mangsa diserang bertubi-tubi oleh suspek sambil dirakam oleh pelajar lain.

Malah boleh kedengaran suara pelajar tersebut cuba melakukan provokasi dengan melaungkan

“Kepala..kepala…kepala”
“Happy birthday to you”
“Sepak muka dia…sepak muka dia”
“Lawan la pondan la..pondan la”

Memetik Harian Metro, kedua-dua pelajar tersebut dikatakan sebelum itu telah berjumpa di satu kawasan di sekolah bagi menyelesaikan perselisihan faham berkaitan ejek mengejek nama ibu tersebut.

Namun sebaliknya terjadi pada perjumpaan itu yang membawa kepada pertengkaran mulut sebelum bergaduh.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata mangsa berjumpa suspek di tempat parkir motosikal berhampiran kediaman warden asrama sekolah kira-kira pukul 2.30 petang, Selasa lalu.

“Mangsa berjumpa suspek dan meminta maaf secara lisan selain memaklumkan tidak mahu bergaduh.

“Bagaimanapun, ketika mahu beredar, tiba-tiba suspek menyerang mangsa dengan memukulnya sehingga terjatuh dan terus menumbuk dan menendang mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan keseluruhan badan selain mengalami sakit di bahagian bahu, leher, pinggang dan ibu jari kaki.”

5 1
Sumber : facebook

Katanya mangsa dah pun buat laporan di Balai Polis Seri Menanti malam tadi selepas video tersebut viral di media sosial.

Difahamkan mangsa dan suspek merupakan rakan sekelas.

Kedua-dua pelajar tersebut serta beberapa saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

 

Yang ejek dah satu hal, pi belasah tu kenapa? Kan dah tak pasal-pasal jadi kes polis.

Baca : Guru tak patut rotan pelajar perempuan-Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

Teo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.