in

“Cemburu lain macam”- Wanita Seriau Adik Ipar ‘Terlebih Mesra’ Dengan Suami, Siap Tidur Sebelah Lagi!

Adik Ipar Clingy 2 1

Pasangan suami isteri baharu selalunya akan melalui fasa-fasa detik indah pengantin baru dimana mereka akan pergi honeymoon ataupun travel bersama buat kali pertama sebagai suami isteri yang sah.

Kebiasaannya, selepas berkahwin adik beradik akan diberi ruang untuk si suami meluangkan masa bersama isterinya. Tapi kalau ada adik yang sangat manja dengan abangnya macam mana?

Macam baru-baru ini, melalui sebuah ciapan di akaun @ConfessTweetMY seorang wanita berkongsikan kisah mengenai adik iparnya yang terlebih mesra dengan suaminya.

Wanita yang baru dua bulan mendirikan rumahtangga itu menceritakan kisah adik iparnya yang selalu berasa cemburu tak tentu pasal terhadap dirinya.

Dia juga memberitahu yang apabila suaminya memegang tangan ataupun bermanja dengannya, adik perempuan suaminya itu akan menjeling seolah-olah meluahkan perasaan tidak puas hati kepadanya.

Berkeras nak duduk depan bila naik kereta

Adik kandung suaminya itu juga akan selalu berkeras untuk duduk di hadapan semasa menaiki kereta dan si isteri pula yang perlu mengalah dan duduk di belakang.

Walaupun si suami sudah berkali-kali menasihati adik perempuannya itu, dia akan berkeras dan merajuk serta tarik muka sebagai tanda protes.

Fitbt6Xuoaaybd4

Yang lebih mengejutkan lagi, apabila si suami membelikan hadiah ataupun membawa si isteri bercuti pasti adik iparnya akan meminta benda yang sama dari abangnya itu.

Si isteri pula berasa kesian dan serba salah terhadap suaminya yang harus melayan permintaan adiknya itu walaupun adiknya sedang bekerja.

Wanita itu juga berkongsi kisah semasa sambutan family day, adik iparnya itu sanggup memilih untuk tidak datang hanya kerana si isteri turut serta.

Siap tidur sekali?!

Couple G9F64E2A13 1920

Selain itu, dia juga menceritakan semasa mereka balik kampung di rumah nenek suaminya, mesti si adik ipar mahu tidur sekali dan di tepi suaminya.

“Kalau balik kampung rumah nenek suami saya, mesti dia nak tidur tepi suami saya, rasa macam hilang privacy,” jelasnya.

Si isteri juga telah meluahkan rasa seperti dia tidak mempunyai privacy dan telah hilang privilege sebagai seorang isteri.

Sampai macam tu sekali ye… semoga akak ni tabah hadap ujian hidup ini

Baca : Suami Menangis Masa Malam Pertama, Isteri Bisik Tanya Kenapa Rupanya Rindu Emak!

Y80U9 0 758X399 2

Sumber: Twitter