in

“Cayalah! Hujan lebat pun layan” – Bertahun Tak Ada Album Tapi Konsert Exists Reunion Tetap Full House!

Exiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkurun lama ku rahsiakan… haaa korang sambung lah sendiri.


Semua tahu buat pertama kali dalam sejarah, kumpulan popular era 90-an Exists kembali menghimpunkan ahli-ahlinya dalam satu konsert yang sangat dinantikan, semalam.

Konsert Exists Reunion berjaya menarik hampir  4,000 penonton dan rata-ratanya adalah berusia 35 tahun ke atas. Yelah peminat setia dari zaman Exists bersama Mamat lagi kan.

Ex 1
Sumber: astro gempak

Konsert yang berlangsung di Stadium Malawati anjuran Shiraz Projects ini menampilkan kesemua ahli Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad, memetik Astro Gempak.

Sebanyak 24 buah lagu dipersembahkan selama lebih dua jam  konsert berlangsung.

Antaranya adalah Jesnita, Rahsia Pohon Cemara, Julia, Anugerah, Janji Padamu, Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Bunga, Seperti Dulu, Masih Terserlah Ayumu, Dirantai Digelangi Rindu, Untukmu Ibu, Mama Tolong Percaya, Mengintai Dari Tirai Kamar, Langkah Seiringan dan Alasanmu.

Paling best lirik-lirik lagu juga dipaparkan di skrin membolehkan penonton turut sama menyanyi dengan Exists meskipun cuaca hujan lebat membasahi Stadium Malawati.

Baca: “I’m alone” – Mamat Exist Menyesal Ambil Dadah, Dedah Kurang Kasih Sayang Jadi Punca Terjebak bahan Terlarang

Screen Shot 2019 09 29 At 10.54.37 Am 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.