in

“Catat kes baru terendah sejak Mac 2020” – WHO Beri Gambaran Pandemik Covid Bakal Berakhir

Pandemik Bakal Berakhir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang baharu didapati menurun secara dramatik di seluruh dunia  menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini dan mereka turut menyeru agar seluruh dunia mengambil peluang ini untuk menamatkan pandemik Covid tersebut.

Kes jangkitan baru wabak berkenaan yang sehingga kini telah mengorbankan jutaan nyawa seluruh dunia sejak ditemukan pada lewat 2019 itu telah menurun secara mendadak pada minggu lalu dan ianya adalah jumlah terendah sejak Mac 2020.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan kepada wartawan baru-baru ini.

Screenshot 1 1

“Kita belum tiba di penamat, tetapi garisan penamat dah kelihatan”

Tambahnya lagi, walaupun perjuangan melawan pandemik ini belum selesai, tetapi ianya sudah berada di penghujung.

Pun begitu, Ghebreyesus turut meminta agar seluruh dunia mengambil peluang ini dan sekiranya ia terlepas, risiko kepada varian baru, peningkatan angka kematian, lebih kekacauan dan pelbagai perkara yang tidak pasti akan berlaku.

Menurut WHO lagi, laporan epidemiologi Covid-19 berakhir 11 September lalu mencatatkan jumlah kes baharu direkodkan menurun sebanyak 28% kepada 3.1 juta dan ia diikuti dengan penurunan 12% lagi pada minggu berikutnya.

Namun, agensi kesihatan tersebut juga memberi amaran bahawa penurunan angka tersebut mungkin tidak tepat kerana banyak negara telah mengurangkan ujian dan dalam kebanyakan kes yang tidak serius, ia tidak dicatat.

Ftqxq7Vwiaarlcf

“Kami menganggarkan bahawa jumlah kes sebenar adalah lebih tinggi, tetapi ianya tidak dilaporkan kepada kami” – Pengarah Teknikal WHO, Maria Van Kerkhove

Sejak bermulanya pandemik, WHO telah merekodkan lebih 605 juta kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia dengan 6.4 juta kematian.

Dalam usaha membantu negara melakukan apa yang diperlukan untuk mengekang virus itu, WHO semalam menerbitkan enam polisi dasar. Salah satu daripadanya ialah menggesa negara melabur dan mencapai kadar vaksinasi 100% kumpulan paling berisiko, termasuk pekerja kesihatan dan warga emas.

Sumber : The Vibes | WHO

Baca : Hampir 11 Juta Kanak-kanak di Seluruh Dunia Jadi Yatim Piatu Angkara Covid-19

Ft Budak

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.