Setiap kali kalau ternampak biawak tepi jalan, memang kita akan mengelak terus kan. Bukan apa, satu sebab takut dia kejar atau gigit, lagi satu sebab geli.
Cakap pasal biawak ni, admin nak share dengan korang satu video biawak ceroboh masuk kedai. Bukan setakat masuk kedai je, biawak tu siap panjat dan lepak atas rak. Entah apa lah yang dicarinya atas tu admin pun tak pasti lah. Tengok saiz biawak ni memang siapa pun tak berani nak dekat. Korang tengok sendiri lah saiz biawak tu macam mana dalam video @danajiru kat bawah ni.
https://twitter.com/danajiru/status/1379711171679318016
Bapak besar!
Kejadian ini dipercayai berlaku di Thailand. Berdasarkan tulisan yang kelihatan dalam video tu, memang boleh nampak tulisan Siam.
Kalau admin nampak depan mata biawak besar macam ni memang lari dulu lah. Dah macam buaya dah panjangnya. Takut weh tengok.
Jujur admin cakap, admin memang surrender awal lah. Biarlah dia amik kedai tu jadi milik dia. Takut weh nak dekat dengan haiwan liar besar macam tu.
Ni baru tengok biawak besar dah takut. Kalau dinosaur hidup zaman kita sekarang ni jenuh nak lari weh. Seram…
Mungkin ni scene dalam filem baru Godzilla VS Kong yang tengah hangat kat pawagam tu. Boleh lah buat habuan untuk sapa-sapa yang tak tengok lagi movie tu.
Apa korang buat kalau korang nampak benda macam ni depan mata?