Perintah Kawalan Pergerakan telah diperkuatkan lagi dengan kehadiran Angkatan Tentera Malaysia. Ini semua untuk kebaikkan semua rakyat Malaysia supaya terhindar dari penularan wabak Covid-19.
Kali ni admin nak share satu video pasal kakitangan tentera yang kena mandi beramai-ramai untuk disinfect lepas bertugas. Cuba korang tengok video yang dikongsi oleh @adel_sri di akaun Twitter miliknya kat bawah ni.
Para ATM dibersihkan selepas tugasan sekatan jalan raya. Berkorban untuk negara. Respect abg ATM!✊? pic.twitter.com/R6v7d15aSq
— Adelin Lina #StayAtHOME (@adel_sri) March 24, 2020
Cara disinfect paling berkesan
Cara disinfect macam ni paling nampak dan senang tahu sapa yang betul-betul cuci atau main-main. Selagi tak cuci selagi tu lah kena sembur dengan orang atasan. Kita kat rumah pun kena praktis cuci tangan tau.
Betul, inilah pengorbanan frontliners. Ada yang sanggup tinggal anak bini kat rumah. Kita rakyat biasa ni tugas simple je, duduk rumah diam-diam.
Ni namanya efisyen. Mandi sambil sabun, lepas tu baju terus masuk machine dan jemur. Senang.
Ada juga lelaki yang guna shampoo rambut, sabun badan, pencuci muka. Dan tak dinafikan juga ada yang jenis guna all in one ni. Nak jimat katanya.
Apa-apa pun kita ucapkan tahniah kepada frontliners kita yang berkorban untuk keselamatan bersama.