in

Calon UPSR Diliwat, Dicampak Lelaki OKU

Page 5 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disaat calon lain tengah jawab exam UPSR, pelajar tahun enam di Petaling Jaya ni berada dalam keadaan trauma yang teruk selepas diliwat dan dicampak oleh lelaki OKU di tangga dekat PPR Pantai Dalam.


R1 1
sumber: fmt

Menurut Free Malaysia Today, aktivis Fazrysham Kamran dari Komuniti Harmoni Kita (KHK) yang berhubung dengan keluarga mangsa berkata pelaku merupakan seorang pesakit mental berusia 34 tahun dan mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Mangsa dipaksa ke tingkat 20 dan dipaksa untuk menonton beberapa video klip lucah di dalam telefon bimbit suspek. Selepas itu, mangsa dipaksa untuk meniru adegan yang sama.”

Fazrysham juga memberitahu pada hari kejadian iaitu pada 12 September lalu, suspek bukan je membuli mangsa secara seksual tetapi terdapat cubaan mencederakan mangsanya.

“Ada saksi-saksi sekitar ternampak mangsa dilambung-lambung dari tingkat 20 dan terjatuh ke tingkat 19.”

Uh
gambar hiasan

Difahamkan kanak-kanak tu kini berada di sebuah hospital di Lembah Klang dengan kecederaan pada otak akibat gegaran. Mangsa membuka mata selepas koma selama seminggu dan perlu dibantu untuk bergerak atau membuang air.

Malangnya, itu bukanlah pengalaman pertama kanak-kanak tersebut diperlakukan begitu oleh suspek tersebut. Jelas Fazrysham,

“Tahun 2017 lagi mangsa sudah diganggu dan dibuli secara seksual. Tetapi kes itu berlalu begitu sahaja kerana suspek mempunyai kad OKU mental.”

Sementara itu, polis mengesahkan satu laporan polis mengenai kejadian terbaru tu dibuat pada 14 September lepas. Selain itu, menurut Fazrysham, mangsa dalam keadaan trauma yang teruk.

“Kasihan adik itu, ketika melawatnya, dia masih menjerit-jerit. Saya tidak pasti sama ada dia masih berasa sakit, takut atau kedua-dua sekali.”

Allahu! Kesiannya budak tu. Semoga adik terus tabah dan harap ada tindakan yang dikenakan ke atas suspek.

Baca: Abang Bernafsu Binatang Liwat Adik Perempuan 7 Tahun Ketika Ibu Keluar Bekerja 

Bdk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.