in

“Cakap tak serupa bikin” – Netizen Meluat Dengan Diva AA Lepas ‘Kantoi’ Azmin Ali Bagi Elaun Sara Hidup?

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan pengacara sensasi bermulut lantang Azwan Ali atau sering membahasakan dirinya Diva AA ni?


Kerana kelantangannya memberikan komen tentang isu-isu semasa, ramai netizen yang puji tindakan beraninya itu. Tapi sejak akhir-akhir ini, persepsi netizen terhadap Diva AA ni mula berubah dan ramai yang mula cop dia sebagai “cakap tak serupa bikin”. Apa cerita ni?

Azwan Ali 1 03052018

Menurut Kosmo, ianya bermula apabila Diva AA didakwa telah menerima ‘elaun sara hidup’ daripada abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Dikatakan, selepas transaksi tersebut tular, Azwan Ali sudah menutup ruangan komen di Twitter peribadinya.

Screenshot 2021 07 01 At 10.45.48 Am

Kalau korang tertinggal bas dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, sebelum ini, ada netizen mendakwa kelantangan bekas pengacara itu selama ini mengkritik kerajaan dan abangnya sendiri hanyalah untuk mengaburi mata orang ramai.

“Selama ni wayang je la Azwan Ali dok bergaduh dengan Azmin Ali”

Selain dakwaan ini, netizen tersebut turut menyertakan slip transaksi menunjukkan sejumlah wang diberikan kepada Azwan Ali melalui akaun bank luar negara anak Azmin Ali.

E4 Sobruuainky8

Ekoran dari ini, ramai yang menuntut penjelasan dari Azwan Ali sendiri dan ketika artikel ini ditulis, pengacara itu telah pun mengambil keputusan untuk mengunci akaun Twitternya.

 

Baca: “Mesej maki ni ditujukan untuk orang macam kau!” – [VIDEO] Diva AA Buat Kolaborasi Dengan PDRM, ‘Sound’ Individu Langgar SOP

Screenshot 2021 07 01 At 11.06.07 Am

Sumber: Malay Mail
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.