in

“Buyer tak perlu naik atas..” – Viral Style Baru Drive Thru Dari Tingkat 4

Drive Thru Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Buyer tak perlu naik atas.." - Viral Style Baru Drive Thru Dari Tingkat 4
Loading
/

Lambakan online seller membuatkan setiap peniaga perlu kreatif dalam menghasilkan produk yang berlainan daripada pesaing. Mungkin dari segi presentation makanan, portion atau bahan rahsia dalam resipi ke kan?


Tapi, post seorang gadis semalam pasal cara delivery ibu dia yang juga berniaga dari rumah jadi viral lepas dapat perhatian ramai warga Twitter.

Ibu saya fully house-mother, jaga 6 orang anak kawan-kawan dia. Bila ada masa, jual cheezy wedges and macaroni cheese.”

Jual 1

Jual 2
sumber: twitter

Post gadis tu dapat perhatian ramai disebabkan video menunjukkan cara delivery yang ibu dia buat untuk customer. Tinggal dekat tingkat 4 pangsapuri, cara delivery yang ibu gadis ni buat untuk customer dia memang rare.

“Buyer tak perlu naik atas tingkat 4 sebab kita boleh drive thru macam ni!”

Korang tengok sendirilah cara drive thru yang ibu gadis ni implement. Bukan setakat memudahkan customer tak payah naik atas, tapi juga mudahkan kerja dia yang tak perlu keluar rumah untuk deliver. Yelah, kan ada jaga anak kecil…

Netizen yang baca post dan tengok video tu puji ibu dia yang hardworking, kreatif dan inovatif. Bukan tu je, ramai juga yang doakan ibu dia dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dipermudahkan urusan.

Tapi ada juga yang sempat melawak lepas tengok video cara drive thru tu.

“Tiba-tiba ada orang tingkat 2 ambil. Hahahaha.”

“Tiba-tiba ada tol dekat tingkat 3.”

“Teringat scene Ayat Ayat Cinta 1 yang dekat Mesir tu.”

Ada ke yang berniaga dan buat macam ni juga? Memang kreatif lah!

Baca: “Macam choral speaking” – Strategi Marketing Peniaga Air Curi Perhatian Netizen

Ayaq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.