Rasanya kita dah selalu juga dengar cerita ibu bersalin dalam kereta disebabkan tak sempat nak sampai ke hospital. Tambah pula bila orang ramai pun turut sama bagi bantuan supaya kedua-dua anak dan ibu dapat diselamatkan sementara tunggu bantuan untuk tiba.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini telah tular di Facebook video anggota polis bertindak dengan membunyikan siren kereta untuk memberi laluan kepada ibu bersalin yang dalam perjalananannya untuk ke hospital.
https://www.facebook.com/100073730747916/videos/259507466362050/
Menurut Harian Metro, kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar Kota Damansara, Selangor dan video itu telah dirakam oleh salah seorang pengguna jalanraya yang turut bantu beri bantuan awal malah telah mendapat pujian dari orang ramai!
“Niat nak tolong, tak sangka viral”
Anggota polis yang terlibat iaitu Muhammad Subri bersama rakan setugas menceritakan semula kejadian itu memberitahu bahawa mereka berdua berada dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Sungai Buloh selepas menjalankan tugas.
“Kami dihampiri orang awam menaiki motosikal yang memohon bantuan di lampu isyarat untuk mengiring sebuah Perodua Myvi yang membawa seorang wanita mengandung yang mahu bersalin” – Muhammad Subri
Ujarnya lagi, tanpa berfikir panjang, dia segera membunyikan siren untuk memberikan laluan kepada situasi cemas itu. Laluan yang diberikan dari anggota polis itu berterusan sejauh kira-kira empat kilometer sebelum tiba di hospital.
Apabila ditanya mengenai video yang telah tular, Muhammad Subri nyata tidak menyangka ada pihak yang merakam kejadian tersebut malah katanya ia merupakan tanggungjawab sebagai polis untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Terbaiklah Abang Polis! Hasil bantuan pantas tu, dua-dua ibu dan anak difahamkan berada dalam keadaan yang baik…
Baca: Wanita Bersalin Dalam Kereta Beberapa Jam Lepas Hospital Didakwa Menyuruhnya Pulang Ke Rumah