in

“Bumi tu tetap, dia tak bergerak”- Statement UKE Mengenai Peredaran Bumi Buat Ramai Terkejut

Fi Uke

Semenjak dua menjak ni, terlalu banyak konspirasi dan teori yang kita dengar kan? Lebih-lebih berkenaan teori ‘flat earth’, betul tak? 

Macam-macam hujah dan penjelasan yang dikeluarkan oleh para pengikut fahaman ni demi nak meyakinkan orang ramai tentang konspirasi mereka. Kalau korang nak tengok atau nak tahu tentang konspirasi dan teori ini, cari je dekat internet dah banyak dah. Antara korang nak percaya atau tak je.

Bercerita tentang isu teori dan konspirasi ini, satu kenyataan berkenaan isu peredaran bumi telah dibuat oleh seorang pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramahnya. Pun begitu, kenyataan yang diberikannya itu telah menyebabkan ramai terkejut dan speechless!

“Dalam al-quran menceritakan bahawa bumi itu tetap, dia tak bergerak. Yang bergeraknya adalah matahari dan bulan,” jelas UKE.

Kenyataannya yang mendakwa bumi itu tetap, telah mencetuskan banyak perdebatan antara netizen. Ada yang memilih untuk bersifat husnudzon dengan apa yang didakwa UKE itu kerana mereka menganggap setiap ulama atau ahli bijak pandai pastinya mempunyai pendapat dan hujah masing-masing.

Komen Uke 1 1

 

Pun begitu, ada juga yang terkejut dan speechless kerana kenyataan tersebut dikatakan sangat bercanggah dengan apa yang pernah dipelajari dalam ilmu sains semasa sekolah dulu.

Komen Uke

Apa pendapat korang mengenai isu ini?

Baca: Selepas Flat Earth Muncul Pula Ideologi Baru Bumi Berbentuk Donut?

Baca Uke

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter