in

Buli Siber Makin Melampau! Ini Cara Nak Selamatkan Anak Dari Jadi Mangsa ‘Keyboard Warrior’

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ya, buli siber makin melampau! Apa lagi baru-baru ni seorang pempengaruh TikTok telah bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri selepas dia dibuli dengan teruk di dalam talian. Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha berusia 30 tahun ditemui maut di rumahnya pada pukul 11 pagi Jumaat lalu.

Internet memang boleh menjadi satu tempat yang berbahaya sehingga menyebabkan emosi ramai orang terganggu ekoran cemuhan yang diterima. Malangnya, dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, semua orang boleh menjadi mangsa buli siber dan kebencian di dalam talian.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rajeswary Appahu (@_rajeswaryappahu)

Jadi, pada artikel kali ini, jom kita tengok sendiri apa itu buli siber dan cara-cara untuk menghentikannya supaya orang kesayangan kita tak jadi mangsa seterusnya.

Artikel berkaitan: Kes Buli Hingga Sebabkan Kematian ‘Influencer’, Seorang Wanita Ditahan

Artikel berkaitan: “Sangat menyakitkan” – Ms. Rachel Dibuli Netizen Kerana Tak ‘Peduli’ Semua Kanak-kanak?

Apa itu buli siber?

Buli siber adalah satu amalan yang dilakukan dengan menggunakan teknologi digital seperti telefon, tablet, konsol permainan atau komputer untuk membuli orang lain melalui email, DM, media sosial, audio atau video serta melalui pesanan ringkas.

Ini juga termasuk kongsi atau memuat naik posting yang dibuat atas tujuan untuk memalukan orang lain.

Jadi, kalau korang pernah mengalami intimidasi, ugutan atau dimalukan melalui media sosial atau apa-apa teknologi digital yang lain, korang adalah mangsa buli siber.

Seperti jenis-jenis buli yang lain, gangguan siber juga berlaku secara kerap dalam satu jangka masa sehingga menyukarkan mangsa untuk melarikan diri.

Jika tidak dikawal, buli seperti ini boleh menyebabkan perkara yang lebih bahaya seperti maklumat peribadi tersebar atau stalking.

Buli siber juga boleh menyebabkan kesan berpanjangan terhadap kesihatan mental dan menjadi mangsanya boleh meningkatkan risiko untuk mengalami gangguan kebimbangan, kemurungan atau rasa ingin membunuh diri.

Tanda-tanda mangsa buli siber

Ls Preventing Cyberbullying In Schools 1080X675 1

Tanda-tanda menunjukkan seseorang itu adalah mangsa buli siber termasuklah perubahan mood yang mendadak, enggan menggunakan atau mengakses peranti digital, tak mahu terlibat dalam aktiviti sosial atau mengelak dari beberapa tempat dalam media sosial.

Selain itu, mangsa buli siber juga berkemungkinan mengalami rasa cemas, murung, kurang keyakinan diri atau masalah pembelajaran ekoran gangguan yang diterima.

Antara yang paling berisiko untuk dibuli siber adalah kanak-kanak dan remaja. Jadi, sangat penting untuk ibu bapa dan guru mengetahui tanda-tanda buli siber ini dan mengambil langkah yang proaktif untuk menyelesaikannya.

Cara selamatkan mangsa buli siber

Thumbnail Shutterstock 1938393535

Berkomunikasi secara terbuka dengan kanak-kanak atau remaja boleh membantu mereka untuk menjadi lebih selesa untuk membincangkan apa-apa isu atau permasalahan yang dihadapi oleh mereka di dalam talian.

Mencegah dari akar. Mengajar anak-anak untuk menghormati serta memahami perasaan orang lain juga boleh membantu mengelak buli siber berlaku. Ia sangat penting untuk ajar kanak-kanak dan remaja tentang cara untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab serta kesan buli siber.

Tegas apabila memberitahu tentang peraturan dan akibat yang perlu ditanggung kerana kelakuan yang tidak baik di dalam talian mahu pun di luar talian dan sentiasa pantau mereka.

Bercakap. Mangsa buli siber perlu diajar untuk bercakap dan mendapatkan sokongan dari orang-orang yang boleh dipercayai. Ia adalah tanggungjawab semua orang untuk mengambil laporan buli siber secara serius.

Kumpul bukti sekiranya korang atau sesiapa yang korang kenal telah menjadi mangsa dengan menyimpan tangkap layar mesej atau posting untuk diberikan kepada pihak berkuasa sekiranya perlu.

Tetapan privasi. Salah satu perkara yang bagus tentang media sosial adalah ia mempunya tetapi privasi dan ciri-ciri keselamatan yang diterapkan untuk mengawal siapa yang dapat menghubungi korang. Jadi, sentiasa kawal maklumat diri dari diketahui orang dan elak perkongsian yang berlebihan.

Pengasingan juga boleh dibuat dengan cara menyekat individu yang menunjukkan ciri ciri pembuli siber dan laporkan mereka ke dalam sistem media sosial.

Kurangkan masa skrin dengan berehat dari media sosial juga boleh mengurangkan risiko buli siber serta ianya juga baik untuk kesihatan mental.

Mangsa buli siber tak perlu salahkan diri mereka atas gangguan yang diterima dan penting untuk mereka ingat yang mereka tak bertanggungjawab atas perbuatan orang lain. Lebih 60% kanak-kanak dan 40% dewasa telah menjadi sasaran pembuli siber, jadi korang tak keseorangan.

Selain itu, korang juga boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekiranya menjadi mangsa buli siber atau lawati Biro Perlindungan dan Aduan Pengguna di Cyberjaya atau hubungi 1800-188-030 atau WhatsApp 016-2206262.

Sumber: Stars Insider, NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.