in

Buku Rapunzelilah Dikecam Netizen Kerana Plagiat Namun Sebenarnya Tidak Seperti Yang Disangka

Crup2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang menggemari kisah dongeng Inggeris, sudah pastinya nama-nama watak seperti Cinderella, Snow White dan Rapunzel sudah biasa didengar sejak dari kecil lagi. Namun apabila tajuk buku kanak-kanak, ‘Rapunzelilah’ tular hujung minggu lepas, ia telah menjadi bahan gurauan dan kecaman netizen yang menganggap buku tersebut memplagiat karya asli, Rapunzel.


123933Kl3Aly1L5Yfff3Yl
sumber: facebook

Novel hasil tulisan Shah Bakri ini merupakan versi Melayu kisah Rapunzel yang kita sedia maklum mempunyai rambut yang panjang, namun dalam versi ini ia diubah dengan ‘Rapunzelilah’ memakai sehelai tudung yang panjang.

Walaupun begitu, buku ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap Rapunzelilah menggalakkan kemaksiatan berlaku kerana melalui gambaran pada hadapan buku, seorang lelaki dilihat sedang memanjat naik untuk masuk ke dalam bilik seorang gadis.

124407Grsns7A0Rggztqqk
sumber: facebook

Pun begitu, nasib baiklah sesi kecaman tidak berpanjangan apabila salah seorang daripada pengguna Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai sahabat penulis, Shah Bakri menerangkan jalan cerita Rapunzelilah yang sebenarnya.

124517K04Onpn4Qcqb0Bl4
sumber: facebook

Menurutnya,

Buku ini berkisahkan seorang pelajar yang mahu menjadi Rapunzel dan sentiasa bermimpi untuk bertemu dengan putera idamannya.”

Dia bercadang untuk menjadikan impiannya kenyataan dengan menjahit tudung sepanjang yang mungkin supaya dia boleh menjadi seperti Rapunzel.”

Malah tambahnya lagi, Shah Bakri juga bukan calang-calang penulis. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Vert & Lilac Publication yang telah melahirkan sebuah buku bestseller bertajuk Seoulmate.

Dia juga menegur netizen dengan mengatakan,

Novel ini tak ada ajak ajnabi masuk ke dalam bilik langsung. Orang yang berlagak pandai tengok kulit buku saja yang cakap macam itu.”

Setelah perkongsian ini tersebar luas di laman media sosial, Shah Bakri menerusi Facebook akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai buku hasil tulisannya itu.

124639Ypf555To7Sh447D0
sumber: facebook
sumber: facebook

Menurutnya,

Tak ada satu scene pun hero panjat guna tudung heroin untuk masuk ke bilik. Ia hanya gimik dan latar tempatnya berlaku di sekolah. Bawa bertenanglah sikit otak kuning engkau tu.” 

Novel ini dah enam tahun. Kontrak aku untuk penerbitan novel ialah empat tahun tak silap. Kalau plagiat, dalam tempoh itu dah lama aku kena saman.” 

Shah Bakri juga sempat menceritakan pengalamannya yang mula belajar menulis novel pada usia 12 tahun. Kepayahannya yang terpaksa berbasikal atau kadang-kadang berjalan kaki sehingga 2 km jauhnya ke perpustakaan awam untuk meminjam komputer dan menulis sudah terbalas kini.

Saya menjadi penulis pada usia 16 tahun. Pada tahun 2011, selepas Dayana Debab terbit, dua bulan kemudian novel viral ini pula yang terbit. Selepas tingkatan lima, novel ketiga, Kakak Fesyen terbit pula.”

Sekarang saya berusia 22 tahun dan merupakan seorang editor dan pengasas kepada syarikat penerbitan saya sendiri, Vert & Lilac Publication yang telah menerbitkan buku bertajuk Seolmate (tolong viralkan ini juga).” 

Bagi Shah, apabila kisah mengenai buku ini tular, ia memberi kesan positif kepada dirinya. Selain dari bukunya itu mendapat perhatian orang ramai, dia dapat juga melihat ramai penyokongnya bersatu dalam memberi dorongan kepadanya untuk terus maju.

Don’t judge the book by it’s cover! Baca dulu dan nilailah isinya. Mana tahu berguna dan memberi inspirasi kepada semua. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.