in

“Bukan urusan saya” – Puteri Sarah Enggan Masuk Campur Pasal Kes Syamsul & Ira Kazar

Ft Puteri Sarah Respon Isu Bekas Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri pertama pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana enggan mengulas lanjut berkenaan berita penceraian antara Syamsul dan isterinya, Ira Kazar. Tegasnya, dia tak berada di posisi untuk cakap lebih mengenai hal tersebut kerana ia bukan melibatkan dirinya.

Artikel berkaitan : “Baru perasan, takder dah cincin di jari” – IG Ira Kazar Dibanjiri Kata-kata Semangat Netizen


Artikel berkaitan : Syamsul Yusof Didakwa Failkan Perceraian Terhadap Ira Kazar Hari Ini

Screenshot 2024 08 20 125836

“Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.”

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri. Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja.”

Screenshot 2024 08 20 125718

Semalam, satu berita tergempar muncul tentang perceraian Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, dengan Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin.

Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Ia disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video menerusi Instagram miliknya.

Susulan itu, Puteri Sarah yang pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan penceraian sebelum disahkan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.