in

“Bukan tak bagi balik kampung dan ziarah semasa Hari Raya tapi mampukah patuh SOP”- Ismail Sabri

Feat 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang kecewa kerana sehingga kini belum ada kebenaran untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Malah dalam perkembangan terbaru oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dtauk Seri ISmail Sabri menyatakan ziarah Hari Raya juga tidak dibenarkan walaupun rentas daerah.


Namun semalam, ketika ditemubual secara langsung dalam program Ruang Bicara Bernama TV Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan sebab kerajaan tidak membenarkan pulang ke kampung atau ziarah Aidilfitri.

“Kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan”

 

2 6

Katanya, beliau sedar yang ia merupakan satu situasi sukar untuk dihadapi rakyat di negara ini, khusus kepada mereka yang menyambutnya, namun ia terpaksa dilakukan dalam mendepani Covid-19 di negara ini, lapor Bernama.

Tambah beliau jika SOP pulang ke kampung dan ziarah dibandingkan dengan SOP di premis perniagaan, sebenarnya SOP premis lebih mudah sebab…

“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… jarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,”

1 10

Menjelas lanjut, beliau berkata satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk pantau pematuhan SOP tersebut namun, anggota sedia ada tidak mencukupi untuk pantau setiap rumah di seluruh negara.

Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu hari raya ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,”

Datuk Ismail Sabri berkata namun semuanya bergantung kepada Menteri Kesihatan untuk memberikan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kebenaran balik kampung.

 

Baca : TERKINI : Ziarah Hari Raya antara daerah TIDAK DIBENARKAN ; Ismail Sabri

Baca 1

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.