in

“Bukan sebab selebriti Malaysia rentas negeri untuk beli karpet. Tidak!” – Mimi Fly Dakwa Rakyat Malaysia Punca Covid-19 Naik

Mimifly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Mimi Fly berpendapat bahawa kes harian Covid-19 yang mencanak naik adalah disebabkan sikap masyarakat sendiri yang enggan patuhi SOP.


Tegasnya lagi, ia bukanlah berpunca daripada mana-mana pihak seperti selebriti, kerajaan mahupun petugas barisan hadapan.

 

“Kes Covid-19 negara kita semakin menggila. Benda ini bukan sebab kerajaan tak buat kerja atau petugas barisan hadapan buat kerja tak betul. Bukan sebab selebriti Malaysia rentas negeri untuk beli karpet. Tidak!”

Dalam pada itu, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 35 menggesa orang ramai untuk berhenti menunding jari pada kesalahan orang lain kerana ia adalah tanggungjawab kita semua.

“Ada lagi yang masih ke pusat membeli-belah, masih berkumpul beramai-ramai, ziarah-menziarahi. Lepas itu tidak amalkan penjarakan sosial, memakai pelitup hidung dan mulut dengan betul, tidak sanitasi tangan dan basuh tangan sekerap mungkin.”

Selain itu, Mimi meminta masyarakat supaya bersikap jujur dan mengakui kesalahan diri sendiri kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan, menurut Kosmo!

Untuk membendung Covid-19 jadi lebih teruk, Mimi menyeru orang ramai supaya lebih berdisiplin dan mengamalkan gaya hidup norma baharu untuk memutuskan rantaian virus pembunuh tersebut.

“Mari semua kita praktikkan SOP dengan ketat dan sama-sama membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian Covid-19.”

 

Baca : “Saya tak kenal Neelofa” – Pekerja Karpet Mengaku Tak Kenal Neelofa Walaupun Dah Belanja RM10,000 Di Kedai Mereka

Capture 59

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.