in

“Bukan sebab mahal” – Gagal Dapat Tiket Feri Jadi Punca Langkawi Semakin Lengang?

Langkawi Tiket Feri Kurang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegagalan mendapatkan tiket feri dipercayai menjadi punca ramai pelancong bertindak membatalkan tempahan bilik untuk ke Pulau Langkawi terutamanya menjelang cuti umum sempena Maulidur Rasul hujung minggu ini.


Menurut laporan Kosmo!, sebelum ini terdapat 12 kali perjalanan feri dalam sehari, kini ia dikurangkan kepada lima sahaja dan perkara tersebut menjejaskan kedatangan pelancong ke pulau berkenaan.

Menurut Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), perkara tersebut menimbulkan kebimbangan kerana pihaknya menerima hampir 20 aduan setiap hari dari pelbagai pihak termasuk ahli mereka dan pemain industri pelancongan di situ.

Web Kdh Feri Langkawi009 1

Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir berkata, pihaknya merekodkan pembatalan bagi tempahan sepanjang cuti hujung minggu ini sehingga Isnin sebanyak 29 peratus, melibatkan hotel, chalet dan inap desa pengusaha di bawah naugan LTA.

Tambahnya lagi, tempahan yang dibuat agak banyak namun ianya dibatalkan setelah ramai gagal mendapatkan tiket feri berikutan pengurangan kekerapan ke pulau tersebut.

“Orang sudah malas untuk ke Langkawi, banyak ke Cameron (Highlands) atau Hatyai, itu realitinya”

Menurut Zainudin lagi, masalah tersebut akan memberikan masalah dan impak yang besar terhadap industri pelancongan Langkawi dan ianya perlu ditangani dengan segera oleh agensi dan pihak kerajaan sekiranya tidak mahu terus kehilangan pelancong.

Pulau Langkawi Kuah Town

Mengulas tentang status pelancong ke pulau berkenaan pada cuti Maulidur Rasul akan datang, katanya tempahan banyak diperoleh di sekitar Pantai Cenang sahaja sementara kawasan-kawasan lain termasuk pekan Kuah masih lengang.

Selain masalah kekerapan feri yang dikurangkan, kaunter di Terminal Feri Kuah juga turut berkurangan daripada 25, kini hanya 8 yang beroperasi. Ramai juga pengusaha yang terdiri dari agensi pelancongan termasuk kereta sewa yang tidak mampu bertahan gara-gara kedatangan pelancong yang kurang itu.

Jadi, Zainudin meminta agar jadual perjalanan feri dibanyakkan semula dan pihaknya berharap agar lebih banyak lesen diberikan kepada pengusaha luar yang berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan laut tersebut.

Baca : Pantai Cenang Dah Jadi ‘Sendu’ Kurang Pelancong, Netizen Salahkan Kos Makin Mahal?

Hak

Sumber: Wikimedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.