in

“Bukan scam la” – [VIDEO] Netizen Ajar Gadis Cara Makan Pau Mantou Dengan Betul

FI PAU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia memang terkenal dengan pelbagai adat, budaya, agama, etnik dan banyak lagi. Disebabkan Malaysia ada pelbagai kaum, tak hairanlah jika negara kita ni dianggap sebagai ‘syurga makanan’ bagi pelancong tempatan serta antarabangsa.

Apa yang lebih menarik lagi, bila pergi je setiap negeri dalam Malaysia, macam-macam jenis makanan tempatan dari kaum Melayu, Cina dan India yang kita boleh nikmati. Bagi orang Melayu, salah satu makanan paling terkenal adalah nasi lemak. Bagi kaum Cina, ‘dumpling’ atau char koay teow dan bagi kaum india pula adalah tosai atau muruku.


Korang perasan tak kadang-kadang kita terlepas pandang tentang cara makan yang betul untuk sesetengah makanan kaum lain. Baru-baru ni, viral kat TikTok @jannahmukh yang memuatnaik video dirinya yang dikatakan ditipu oleh seller yang menjual pau.

@cikbrown01

#MakanLokal #kuikhlaskan #scam

♬ Ku Ikhlaskan – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Dalam video tersebut, gadis ini mempertikaikan yang pau dibelinya itu langsung tiada inti. Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen jelaskan yang gadis ini sebenarnya tidak ditipu oleh seller yang menjual pau tersebut.

Netizen memberikan penerangan bahawa pau dibeli gadis ini adalah pau mantou yang sememangnya tiada inti dan selalunya dimakan bersama bubur, kuah atau sebarang hidangan sampingan.

“Dorang makan dengan kuah atau hidangan tambahan..pernah tengok kawan cina makan…” – Komen netizen

“Ehhh bukann bukannn… mmg kosong tu, cicah pape sedap” – Komen netizen

Sesetengah dari netizen pula beri maklumat yang di kedai-kedai Cina terdapat banyak jenis pau dan kita kena tahu beza antara pau-pau tersebut.

KOMEN PAU

Lepasni, kita kenalah ambil tahu dengan lebih dalam lagi tentang cara makan especially makanan tradisi okayy

Baca: “Bapak laju!” – [VIDEO] Makcik Kira Jumlah Makanan Tanpa Kalkulator Buat Netizen Kagum

BAPAK

 

 

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.