in

“Bukan saya” – Sultan Pemurah Muncul Di Live TikTok Kacak Bagi Hadiah ‘Singa’

Ft Sultan Pemurah Kacak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gerangan ‘Sultan Pemurah’ di TikTok masih lagi menjadi tanda tanya selepas pengguna ini memberikan hadiah bernilai tinggi secara atas talian ketika sesi live daripada Ryan Bakery.


Beberapa TikTokers lain juga turut terima ganjaran yang sama selepas tularnya video itu. Disebabkan itu, netizen membuat jangkaan bahawa 4 individu ini adalah Sultan Pemurah tersebut iaitu Shuib, Aeril Zafrel, Kacak dan Haqiem Stopa.

Bagaimanapun, sedikit persoalan sudah terjawab apabila ‘Sultan Pemurah’ itu ada berikan hadiah ketika sesi live di Aeril Zafrel, bermakna dia bukanlah individu tersebut.

 

Saya bukan Sultan Pemurah – Kacak

Malah, Gempak juga melaporkan bahawa Ryan ada bersemuka dengan Shuib dan jawapannya juga bukan.

Bagaimanapun, naluri majoriti netizen kuat mengatakan bahawa anak kepada Dato’ Seri Vida (DSV) yang digelar Kacak merupakan orangnya.

Ini kerana suara Sultan Pemurah ketika sesi live bersama Ryan dan Aeril Zafrel baru-baru ini kedengaran sama.

Bagaimanapun, persoalan terjawab ketika Kacak menyatakan bahawa dia bukanlah individu tersebut. Malah, menerusi TikTok Sultan Pemurah itu sendiri, dia ada berikan hadiah Singa yang bernilai ribuan ringgit itu kepada Kacak semasa sesi live, hadiah itu diberikan selepas Kacak menyatakan dia bukanlah Sultan Pemurah itu.

@sultan_tiktok_legit

Sultan join live @d_masiv “kacak” anak dsv ? ? #fyp

♬ Big Big – Crown P

Dalam masa 16 jam, video ini telah meraih 1.6 juta tontonan dan rata-rata netizen makan hati melihat hadiah yang diterima, bagaimanapun ada yang masih berpendirian bahawa mereka orang yang sama dan individu yang memberikan hadiah kepada kacak itu adalah orang upahan.

 

Nampak macam berlakon – Netizen

Kacak Kacak2

Hurm, min cadangkan apa kata Kacak invite Sultan Pemurah masuk dan korang berbual macam mana Ryan dan Aeril buat.

Baca : Salur Lebih RM20K Dalam Live TikTok Ryan Bakery, Netizen Spekulasi ‘Sultan Pemurah’ Anak DSV?

Ft Sultan Pemurah Ryan Bakery

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.