in

“Bukan oyen kalau tak buat hal” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Kucing ‘Kerasukan’

Oyen Kerasukan Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing bewarna oren atau sinonim dengan panggilan ‘oyen’ oleh rakyat Malaysia ni seringkali dikaitkan dengan kucing yang mempunyai ‘perangai aneh’ yang biasanya akan berlainan sama sekali dengan kelakuan kucing lain.


Tidak mengira jenis baka, asalkan oyen, pasti ada satu atau dua perkara aneh yang dilakukan oleh kucing berkenaan, sehinggakan ada group khas di Facebook yang dibuat hanya untuk berkongsi ‘hal’ yang dibuat oleh oyen.

Itulah ceritanya yang nak dikongsikan harini tentang gelagat oyen yang mendapat perhatian ramai di TikTok baru-baru ini atas perkongsian akaun @anaktaanofficial tentang gelagat oyen yang pelik tersebut.

“Dia kerasukan ke apa ni weh?”

@anaktaanofficialKucing ni ke rasuk ke apa ?♬ original sound – Paan Ta’an Official

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan seekor kucing oyen sedang bermain dengan mangkuk makanannya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah keadaan kucing tersebut yang berdiri kaku, sambil bermain-main dengan mangkuk berkenaan dan langsung tidak mengendahkan tuannya walaupun dipanggil berkali-kali.

Dipercayai, kucing tersebut sebenarnya meminta makanan namun mungkin disebabkan tuannya lambat atau tidak menghiraukan permintaannya. Untuk mendapatkan perhatian tuannya tersebut, lalu terjadilah adengan ‘kerasukan’ tersebut, jelas beberapa komen di video berkenaan.

Tiktok Comment Video Oyen

Sementara itu, diruangan komen tersebut berlakunya ‘perbincangan’ tentang perkara sebenar yang terjadi kepada oyen tersebut. Selain ramai yang bersetuju bahawa ia sedang merajuk dan protes tanda kelaparan, ada lagi komen-komen yang membuatkan ramai terhibur.

Selain itu, ada juga yang cakap kononnya ia sedang ‘patah hati’ kerana pasangannya diambil kucing lain, datang bulan dan macam-macam lagi.

Tiktok Comment Video Oyen 2

Salah satu komen yang menjadi perhatian ramai dan paling ‘win’ adalah komen yang diberikan oleh seorang pengguna TikTok ini!

Tiktok Comment Video Oyen 3

Sampai boleh berperang eh? Hahaha…

Oyen perangai pelik tu dah biasa sangat, komen-komen ni yang buat ramai terhibur sebenarnya…

Baca : “Nampak macam takut kucing”- Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Kacau Orang Sampai Terpaksa Berhenti Solat

Oyen Kacau Solat

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.