Depression atau kemurungan bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi untuk diperkatakan.
Tapi, tahukah anda bukan manusia je yang boleh alami masalah depression ni? Haiwan seperti kucing pun boleh mengalami kemurungan.
Menurut Dr Lynn Hendrix, pemilik Klinik Veterinar Bergerak Beloved Pet di California, walaupun kucing boleh menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami kemurungan, namun, perubahan emosi yang dialami haiwan ini tidak sama seperti yang dialami oleh manusia yang didiagnos dengan masalah clinical depression.
“Oleh kerana kami tak boleh tanya sendiri pada kucing mengenai perasaannya, kami perlu bergantung pada beberapa ‘clue’ pada perangai dan aktiviti hariannya sebelum melakukan sesuatu konklusi,” kata Dr Lynn Hendrix.
Jadi, hari ini admin akan kongsikan lima tanda yang mungkin boleh menjadi clue mengenai perasaan si bulus kesayangan anda.
1. ‘Body language’
Seperti mana manusia, bahasa tubuh atau body language yang ditunjukkan si bulus kesayangan juga mungkin boleh dijadikan penanda sama ada kucing anda gembira atau sebaliknya.
Menurut doktor veterinar Danielle Bernal, ekor kucing yang gembira selalunya akan bergerak lembut seperti feather duster. Tetapi, kucing yang sedang bersedih atau mengalami depression mungkin akan memukul dengan menggunakan ekornya.
2. Perubahan personaliti
Si bulus yang mengalami depression mungkin akan mula hilang minat dengan segala aktiviti yang sebelum ini menjadi kegemaran mereka. Malah, mereka lebih gemar untuk menyendiri dan menyorok daripada manusia.
Dalam sesetengah kes pula, ada juga si bulus yang menjadi lebih clingy dan demanding daripada biasa. Tidak cukup dengan itu, perasaan takut pada orang asing juga lebih menjadi-jadi pada kucing yang sedih.
3. Tidur berlebihan
Rasanya ramai yang sedia maklum kucing sememangnya seekor haiwan yang memang banyak tidur. Namun, si bulus yang mengalami depression mungkin akan tidur lebih banyak berbanding kucing yang sihat
4. ‘Grooming’
Perubahan tabiat grooming atau menjilat bulu sendiri pada si bulus anda mungkin merupakan petanda haiwan kesayangan sebenarnya mengalami depression.
Sesetengah kucing yang kemurungan akan berhenti terus daripada grooming diri sendiri. Ada juga yang masih grooming tetapi hasilnya tidak seperti selalu. Tidak kurang juga ada si bulus yang terlalu banyak grooming dirinya.
5. Perubahan selera makan
Jika kucing anda mula menunjukkan menukar tabiat makan atau berhenti makan, haiwan peliharaan itu mungkin tidak gembira atau ada sebab lain.
Si bulus yang mengalami kemurungan mungkin akan menolak untuk makan makanan kegemaran mereka dan hilang terus minat dengan makanan tersebut.
Macam mana kucing boleh ‘depressed’?
Sama seperti manusia yang mengalami kemurungan, terdapat pelbagai sebab yang boleh menjadi punca kepada masalah kemurungan pada si bulus kesayangan anda.
Sebagai contoh, masalah kesihatan boleh menjejaskan mood haiwan peliharaan. Selain itu, si bulus juga mungkin berubah perangainya sekiranya ada orang yang rapat dengannya meninggal dunia.
Jadi, sebagai pemilik kucing, sekiranya kucing anda menunjukkan beberapa tabiat yang membimbangkan, jangan panik dan terus membuat temu janji di klinik veterinar.
Sumber: The Spruce Pets, iHeartCats, Readers Digest
Baca: Si Lea : Kucing Yang Hidap ‘Swimmer Syndrome’, Terpaksa Berjalan Guna Roda Lori Mainan